LATIHAN SUBJEK PREDIKAT
(BILANGAN 1)
Baca ayat-ayat di bawah dengan
teliti. Kemudian tulis subjek dan
predikat bagi ayat-ayat tersebut.
- Dia pengetua baru di sekolah itu.
- Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Terlalu tinggi bangunan itu.
- Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya.
- Mereka menari dengan gembiranya.
- Terlalu besar rumah nenek.
- Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya.
- Rumah itu agak besar.
- Amat bermutu buku itu.
- Buah jambu ini sangat manis.
- Surat ini daripada peguam ayah.
- Bunga ros sungguh wangi.
- Kegemaran saya melukis.
- Pokok rambutan itu di belakang rumah.
- Membajak sawahnya setiap hari petani itu.
- Norman menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
- Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Langgar.
- Rumah kediaman yang dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar.
- Pelajar yang bermasalah ini perlu diberi bimbingan sewajarnya oleh ibu bapa.
- Sedang membaca buku dia.
- Besar tidak bererti kuat.
- Kepunyaan saya buku itu.
- Buku itu di atas meja.
- Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.
- Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat.
- Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain.
- Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
- Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.
- Penjagaan kemudahan di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak.
- Tidak pulang ke rumah, Aiman setelah tamat waktu persekolahan.