BAHAGIAN C
(15 Markah)
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam grafik tersebut, tulis ulasan tentang cara-cara menegur seseorang individu untuk menimnggalkan tabiat merokok yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Grafik di
atas menunjukkan cara-cara untuk menegur seseorang untuk meninggalkan tabiat
merokok. Sebagai seorang pelajar kita boleh melaporkan kepada guru jika kita
mengetahui rakan kita merokok. Antara cara mengenal pasti rakan kita merokok
ialah apabila pakaiannya berbau asap rokok. Selain itu, kita juga boleh
berdiplomasi dengan memberikan nasihat kepada rakan-rakan kita yang merokok. Gunalah
bahasa yang sopan dan nada suara yang memujuk ketika meminta rakan meninggalkan
tabiat merokok. Akhir sekali, sekiranya bapa kita merokok, maka kita juga boleh
menegur dengan sering mengungkapkan bahawa rokok itu berbau busuk dan boleh
membahayakan kesihatan. Kesimpulannya, katakan tidak kepada merokok kerana merokok
membawa pelbagai kemudaratan.
(101
patah perkataan)