BAHAGIAN C
(15 Markah)
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan tentang pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Maklumat di
atas menunjukkan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 24 Mac 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan merupakan arahan daripada kerajaan dalam usaha
menangani wabak Covid-19. Perintah ini bermula pada 18 Mac 2020. Sepanjang
perintah ini dilaksanakan, sekatan tol dan sekatan jalan raya telah
dilaksanakan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sekatan ini bertujuan
mengurangkan pergerakan orang ramai keluar rumah tanpa memiliki urusan mustahak. Dalam
tempoh masa ini juga sebanyak 695 laporan polis telah dibuat dan 28 orang telah
ditangkap. Penangkapan dibuat kepada individu yang mengganggu tugas anggota
PDRM di samping melawan Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun keadaan negara
genting, namun masih wujud berita palsu yang dilaporkan, iaitu sebanyak 85 kes.
Justeru, sebagai warganegara bertanggungjawab bersama-samalah bersatu menangani
wabak ini.
(102 patah perkataan)