Format Baharu Instrumen Bahasa Melayu SPM 2021

Cikgu Muzz
By -
0



Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, telahpun mengeluarkan surat siaran berhubung format baharu instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2021 bagi mata pelajaran akademik Kurikulum Standrad Sekolah Menengah (KSSM).

Ini bermaksud murid Tingkatan 4 tahun 2020 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2021 merupakan generasi pertama yang akan menduduki peperiksaan SPM dengan format baharu.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu turut mengalami perubahan yang besar dalam format baharu ini. Bahasa Melayu SPM dibahagikan kepada empat kertas. Pentaksiran bertulis terbahagi kepada dua iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2. Manakala Bahasa Melayu Kertas 3 dan Kertas 4 masing-masing ialah Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.

Bahasa Melayu Kertas 1 [100 Markah]

  1. Bahagian A – Karangan respons terhad kombinasi bahan rangsangan (30 markah) (150-200 patah kata)
  2. Bahagian B – Karangan respons terbuka; 4 soalan pilih 1 (70 markah) (350-500 patah kata)

Bahasa Melayu Kertas 2 [100 Markah]

  • Bahagian A – 5 Soalan (35 markah)

          1. Morfologi
          2. Sintaksis
          3. Penyuntingan
          4. Bahasa Melayu Standard
          5. Peribahasa

  • Bahagian B – 3 Soalan (35 markah)

          1. Petikan Umum
          2. Petikan Sastera
          3. Novel

  • Bahagian C- 1 Soalan (30 markah)

          1. Rumusan


Kertas Bahasa Melayu SPM  mulai tahun 2021 dibahagikan kepada empat kertas iaitu 1103/1, 1103/2, 1103/3, dan 1103/4.

Berikut dikongsikan format instrumen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!