Susulan perintah kawal pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, dimaklumkan bahawa permohonan dalam talian bagi Tawaran Biasiswa Perguruan
Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2020 ditangguhkan.
Permohonan tersebut telah dibuka melalui
laman web e-Penawaran (https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm) mulai 11 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Walau bagaimanapun, susulan keadaan semasa negara permohonan itu akan DITANGGUHKAN ke
suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Para pemohon dinasihatkan merujuk portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa ke masa untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini berhubung permohonan Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2020.
Sebarang
pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel penawaran.bb@moe.gov.my