[Karangan Pendek PT3] Etika Batuk Dan Bersin

Cikgu Muzz
oleh -
3
BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang adab ketika berayaPanjangnya huraian anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


            Batuk dan bersin ialah dua tindak balas automatik daripada tubuh badan yang tidak boleh dielakkan. Tidak ada insan yang mahu batuk dan bersin terutamanya ketika berada di khalayak ramai. Namun, jika kita hendak batuk atau bersin apabila sedang berada di tempat awam, maka kita perlulah membudayakan etika batuk dan bersin untuk kesejahteraan bersama.

            Terdapat beberapa etika batuk dan bersin yang boleh dipatuhi seperti memalingkan muka daripada orang dan makanan ketika batuk dan bersin. Sebaik-baiknya kita dianjurkan untuk menggunakan sapu tangan atau tisu apabila hendak batuk dan bersin. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang batuk dan bersin, maka virus akan disebarkan ke udara. Saranan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin adalah untuk mengurangkan jangkitan virus kepada orang lain terutamanya kepada orang yang berada berhampiran dengan kita. Selain itu, apabila mempunyai gejala tidak sihat seperti batuk atau bersin berulang-ulang kali, sebaik-baiknya kita hendaklah berada di rumah, kurangkan ke tempat yang sesak dan jika terpaksa keluar atas urusan penting maka pakailah penutup hidung dan mulut. Amalan ini penting supaya kita tidak menyebarkan virus kepada orang lain terutamanya pada musim pandemik Covid-19.

            Sebagai seorang insan yang bertanggungjawab, seharusnya etika ketika batuk dan bersin ini perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan kepada anak-anak agar etika ini dapat diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang lain seterusnya menjadi ikutan dan budaya dalam kehidupan seharian.

Catat Ulasan

3Ulasan

  1. assalamualaikum..mohon share bahan

    BalasPadam
  2. ASSALAMUALAIKUM. minta izin share bahan cikgu.

    BalasPadam
Catat Ulasan