Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka semual pada 24 Jun 2020, melibatkan
murid Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan awam, iaitu SPM, SVM,
STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Sehubungan dengan itu, KPM telah membuat pindaan
Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun
2020 melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan daripada 9
kepada 5 hari bagi semua sekolah di Malaysia sama ada dalam Kumpulan A atau B.
Selain itu, Cuti Akhir Tahun daripada 42 hari
dikurangkan kepada 14 hari kepada sekolah dalam Kumpulan A, manakalan bagi
sekolah Kumpulan B pula dikurangkan kepada 13 hari daripada 41 hari jumlah cuti
asal.