Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Nota Komsas] Analisis Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil; Antologi Sejadah Rindu


SINOPSIS CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan cedera parah. Pakaiannya dipenuhi darah serta lumpur di pintu surau kampungnya sebaik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib. Situasi yang mencemaskan itu menimbulkan kejutan dan tanda Tanya kepada Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung mengenai punca kejadian itu berlaku. Ahmad mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan.

Melalui teknik imbas kembali, penulis menceritakan kisah penerokaan kampungnya sejak tiga generasi yang lalu. Mereka telah meneroka tanah kebun dan sawah padi. Selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth

Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata mengubah suasana damai di kampung penulis. Penulis mengimbas kembali kisah Tuan Booth sekeluarga yang terpaksa meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun dan kisah kesulitan seluruh penduduk kampung pada zaman pendudukan Jepun itu. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Sejak itu, Imam Ngah Deraman selalu menceritakan perihal Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung termasuklah kepandaiannya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad Mutawakkil telah bekerja di bandar.

Pada tahun 1945, Ahmad Mutawakkil memberitahu Imam Ngah Deraman bahawa bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah dibom dan askar Jepun terpaksa menyerah kalah dalam perang dunia kedua. Ketika Ahmad Mutawakkil berusia 17 tahun, ketokohan dan kehebatan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu muda terserlah apabila setiap tutur kata dan tindak-tanduknya sangat berpengaruh dan disegani sama ada di kampung atau di seluruh daerah. Tuan Booth kembali banglo di estetnya semula ke selepas Jepun menyerah kalah. Sikap peramah dan baik hati Tuan Booth sekeluarga terhadap penduduk kampung telah mengeratkan hubungan antara mereka.

Ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu amat ketara apabila beliau secara lantang menolak perjuangan komunis dan menentang penjajahan Inggeris melalui sesi pidato dan penulisannya dalam surat khabar. Pembabitan Ahmad Mutawakkil sebagai wartawan telah berjaya meluaskan pengaruhnya sehingga terpilih sebagai pemimpin nombor dua dalam parti peringkat daerah pada tahun 1952 yang dianggotainya. Pada masa yang sama, Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth menyimpan perasaan kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil. Hubungan mereka telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat kampung.

Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak. Ahmad Mutawakkil pula semakin rancak berkempen untuk menggesa rakyat menolak ideologi komunis yang songsang itu. Keadaan itu telah menyebabkan lima orang pengganas komunis menyerbu banglo Tuan Booth. Beliau diminta menyampaikan amaran mereka kepada Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi komunis. Sungguhpun begitu, Ahmad Mutawakkil tidak mengendahkan nasihat Tuan Booth dan Penghulu Ibrahim Sigap, malah dia semakin berani bersuara dengan lantang.

Pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya, Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau kampungnya. Ahmad Mutawakkil minta diri untuk mengikut budak lelaki itu. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan penduduk kampong apabila seharian dia tidak muncul di surau kampung itu. Tiga kumpulan termasuk Tuan Booth telah dibentuk untuk mencari Ahmad Mutawakkil di seluruh pelosok kampung, namun usaha mereka menemukan kegagalan. Sesudah solat maghrib, segala kerunsingan dan keresahan penduduk kampung terjawab apabila Ahmad Mutawakkil muncul di surau kampungnya dalam keadaan cedera parah. Dia meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya. Kematian Ahmad Mutawakkil amat dirasai oleh penduduk kampung termasuklah penulis.

Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air. Majlis bacaan tahlil turut diadakan untuk mengenang jasa dan pengorbanan arwah Ahmad Mutawakkil itu. Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas kemerdekaan negara. Setahun kemudian, Sandra kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu. Lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap atau demi kecintaannya terhadap Ahmad Mutawakkil, dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

TEMA CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil bertemakan kegigihan seorang anak muda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam usaha dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanah air.

PERSOALAN CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

  1. Ketabahan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan dalam kehidupan ketika zaman peperangan.
  2. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat demi memastikan keselamatan.
  3. Kasih sayang merupakan pengikat silaturahim dan hubungan kekeluargaan.

WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

  1. Ahmad Mutawakkil – Anak tunggal Wak Sadir, berusia 25 tahun ketika meninggal dunia, petah berpidato, behemah tinggi, mampu membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
  2. Tuan Booth – pengurus lading getah, berbangsa Inggeris dan berasal dari England.
  3. Sandra – Anak tunggal Tuan Booth, bermata biru, baik hati, penyayang, menyimpan perasaan cinta terhadap Ahmad Mutawakkil.
  4. Imam Ngah Deraman – Imam surua di kampong, taat kepada ajaran agama, bertanggungjawab, bersifat penyayang.

LATAR CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

  1. Latar tempat – Banglos estet Tuan Booth, surau, sawah, England.
  2. Latar masa – Pertengahan tahun 30-an, seminggu sebelum tentera Jepen mendarat di Tanah Melayu, 31 Ogos 1957.
  3. Latar masyarakat – Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme, masyarakat Melayu yang tinggal di perkampungan, masyarakat penjajah yang bertindak kejam.

GAYA BAHASA CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

  1. Bahasa Arab – Alhamdulillah, solat Maghrib, syahadah.
  2. Metafora – Wajah kampong, garisan perang.
  3. Personifikasi – Diratah atai diobek peluru, ketegangan merayap ke seluruh negara.

NILAI CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

  1. Kasih sayang
  2. Keberanian
  3. ketabahan

PENGAJARAN CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

  1. Kita hendaklah berani melakukan sesuatu tindakan.
  2. Kita haruslah memupuk semangan cinta akan negara.
  3. Kita perlulah mempererat kasih sayang dan hubungan dalam kalangan ahli keluarga.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0 Comments