Isi tempat kosong dengan kata
ganda yang paling sesuai.
1 Kepala Mira Filzah berasa pening apabila melalui jalan yang _________
itu.
A bengkang-bengkok C
batu-batan
B kacau-bilau
D
haru-hiru
2 Kaki Nabila Razali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
A punah-ranah
C
robak-rabik
B lekuk-kekak
D
calar-balar
3
Baju Aiman Tino _________ kerana terkena warna air ketika menyertai
aktiviti mewarna.
A comot-momot C serbah-serbih
B koyak-rabak
D
compang-camping
4 Persiapan majlis kejutan hari lahir Norman Hakim dilakukan secara
_________ oleh Memey Suhaiza sehingga tiada sesiapa yang mengetahuinya.
A sorok-sorok
C
sayup-sayup
B senyap-senyap D
lambat-laun
5 Badan Fahrin Ahmad terasa _______ setelah mandi air perigi yang
sejuk itu.
A tawar-hambar
C
kusut-masai
B comot-momot
D
segar-bugar
6 Ziana Zain mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di
pantai itu.
A mandi-manda
C
riuh-rendah
B mundar-mandir D kacau-bilau
7 Sifat ________ yang ditunjukkan Dato Rizalman menyenangkan hati
para tetamu.
A remeh-temeh
C
kelam-kabut
B ramah-tamah
D
keluh-kesah
8 Wajah Kamal Adli
_________ apabila mendapat hadiah istimewa sempena hari lahirnya.
A bersinar-sinar C
berseri-seri
B berpinar-pinar D berkilau-kilau
9 Dayang Nurfaizah ________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan
raya yang sibuk itu.
A dekat-dekat
C
sikit-sikit
B hampir-hampir D
nyaris-nyaris
10 Rambut Uqasha Senrose _______ setelah bangun daripada tidur.
A compang-camping C robak-rabik
B kusut-masai
D
huru-hara
11 Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang
terlibat dengan kes buli itu.
A porak-peranda C
lambat-laun
B remeh-temeh
D
serta-merta
12 Mak Leha tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal
di kawasan pedalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B simpang-siur
D
hiruk-pikuk
13 Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.
A gembar-gembur C serba-serbi
B gundah-gulana D
remuk-redam
14 Rumah Jalaludin Hassan _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru
tiba dari Kuala Lumpur.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B punah-ranah
D
calar-balar
15 Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang
istimewa.
A rempah-ratus
C
lauk-pauk
B sayur-mayur
D
saki-baki
16 Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan _____ terdekat Rosyam Nor.
A saudara-mara
C
corat-coret
B limpah-ruah
D
kuih-muih
17 Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang
menuntut di sana pulang ke tanah air.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kacau-bilau
D
hiruk-pikuk
18 Hati Shukri Yahaya _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.
A compang-camping C remuk-rendam
B porak-peranda D
kusut-masai
19 _______ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
A Rempah-ratus
C
Lauk-pauk
B Batu-batan
D
Saki-baki
20 Mulut Siti Saleha ______ menghafal skrip sebelum penggambaran
dijalankan.
A comot-momot
C
simpang-siur
B kumat-kamit
D
kusut-masai
21 Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan
jalan yang teruk.
A bengkang-bengkok C
simpang-siur
B mundar-mandir D lalu-lalang
22 Ernie Zakri bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______
tradisional.
A rempah-ratus
C
sayur-mayur
B tanah-tanih
D
kuih-muih
23 Persiapan majlis perkahwinan anak Fauzi Nawawi akan dilakukan secara ______.
A gotong-royong C
riuh-rendah
B lintang-pukang D
hiruk-pikuk
24 Rumah Amyra Rosli menjadi _________
apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D
hiruk-pikuk
25 Amar Baharin memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain ________.
A jongkang-jongket C riuh-rendah
B tanah-tanih
D
sorak-sorai
26 Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B lenggak-lenggok D liang-liuk
27 Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.
A hangit-pengit C
gelap-gelita
B hancur-lebur
D
haru-biru
28 Penjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu oleh pihak
berkuasa.
A lintang-pukang C
kucar-kacir
B simpang-siur
D
huru-hara
29 _________ para penyokong menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola
sepak untuk menjaringkan gol.
A Sorak-sorai
C
Riuh-rendah
B Hiruk-pikuk
D
Jerah-jerih
30 Elbit berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di
hadapan rumah jirannya.
A lenggang-lenggok C mundar-mandir
B lintang-pukang D
simpang-siur
31 Misha tidak _______ menceritakan rahsia peribadinya kepada Mona.
A selang-seli
C lambat-laun
B segan-silu
D teka-teki
32 Danish mempelajari _______ perniagaan daripada ayahnya yang lebih
berpengalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B lintang-pukang D
selok-belok
33 Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu
Maznah.
A lekak-lekuk
C
selang-seli
B kotak-katik
D
teka-teki
34 Cikgu Rozita menegur pakaian Nabil yang ________.
A lintang-pukang C
punah-ranah
B serbah-serbih D
kusut-masai
35 Aqasha berjalan ____________ di hadapan bilik
bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
A lintang-pukang C
punah-ranah
B serbah-serbih D
kusut-masai
36 Persahabatan Erra Fazira dan Awie tetap erat walaupun tinggal
berjauhan kerana mereka sering _________.
A pandang-pandang C
kunjung-mengunjung
B jeling-jeling D
tegur-menegur
37 Keadaan di dalam kedai runcit itu ________ setelah dimasuki pencuri
pada malam tadi.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kelam-kabut
D
hiruk-pikuk
38 Dalam keadaan _________, Rajesh terlupa untuk memakai stoking
semasa ke sekolah.
A tunggang-langgang C kelam-kabut
B lintang-pukang D
kacau-bilau
39 Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali ________
diadakan.
A kenduri-kendara C sorak-sorai
B kering-kontang D
beli-belah
40 “Ketumbuhan ini jika dibiarkan _________ akan menjadi kanser,”
kata Doktor Khuzairi kepada pesakitnya.
A umbang-ambing C keluh-kesah
B lambat-laun
D
dolak-dalih
41 Keadaan menjadi semakin _______ apabila penunjuk perasan merusuh di
tempat-tempat awam.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B lintang-pukang D
huru-hara
42 Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit _______.
A terang-benderang C warna-warni
B senang-lenang D
gelap-gelita
43 Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami
________.
A kusut-masai
C
huru-hara
B calar-balar
D
cirit-birit
44 Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian
_________.
A tanggang-langgang C
warna-warni
B compang-camping D kusut-masai
45 Bunyi jantungnya _________ sewaktu
hendak mengambil keputusan peperiksaan itu.
A lentang-lentung C riuh-rendah
B degap-degup
D
liang-liuk
46 Selepas mandi, Zaquan Adha mengenakan _________ pada badannya agar
harum.
A biji-bibjian
C bunga-bungaan
B bau-bauan
D ubat-ubatan
47 Sweet Qismina tidak
dapat tidur nyenyak di rumah nenek kerana asyik terdengar bunyi _________ buah
mangga yang gugur.
A lesuk-lesak C lepak-lepuk
B letung-letang D
letuk-letak
48 Badan Hans Isaac yang menyertai ekspedisi itu ________ kerana meredah
belukar.
A calar-balar C pucat-lesi
B compang-camping D koyak-rabak
49 __________ muka Fizo Omar menahan
kesakitan kerana terjatuh dari basikalnya.
A berpinar-pinar C berkerut-kerut
B berkedut-kedut D
bermuka-muka
50 Walaupun Neelofa yang popular itu _______ namun dia tidak sombong.
A kelam-kabut
C
kaya-raya
B kucar-kacir
D
hina-dina