Semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan meliputi semua peringkat jawatan dikehendaki
mengisi deskripsi tugas (Job Description -JD) menerusi portal Hrmis. Pengisian
maklumat deskripsi tugas bagi guru melalui Hrmis ini perlu melalui 9 peringkat
seperti berikut:
- Maklumat Umum
- Tujuan Pewujudan Jawatan
- Akauntabiliti
- Dimensi
- Kelayakan Akademik
- Kompetensi
- Pengalaman
- Pengesahan
- Jana Dokumen JD
Guru perlu memuat turun file word menerusi Google Drive seperti berikut;
Kemudian muat turun file Power Point panduan mengisi seperti berikut;
Tidak susah
untuk mengisinya tetapi memerlukan kesabaran. Pada awal sekali cikgu perlu
mengisi Ringkasan Gelaran Jawatan Sebenar. Berikut merupakan panduan mengisi
Ringkasan Gelaran Jawatan Sebenar:
- Pengetua – P
- Guru Besar – GB
- Guru Penolong Kanan Pentadbiran – PKP
- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – PKHEM
- Guru Penolong Kanan Kokurikuluim – PKKO
- Guru Penolong Kanan Petang – PKPT
- Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas – PKPK
- Guru Kanan Mata Pelajaran – GKMP
- Guru Perpustakaan dan Media – GPM
- Guru Data – GDM
- Guru Amali – GAB
- Guru Pendidikan Khas Kelas Integrasi – GPKI
- Guru Akademik – GAB
- Guru Kaunseling – GK
- Guru Pemulihan – GP
- Guru Bimbingan dan Kaunseling – GBK
- Pembantu Pengurusan Murid – PPM
- Ketua Pembantu Tadbir – KPT
- Pembantu Operasi – PO
- Pembantu Makmal – PM
Semoga membantu!
Bg mengisi ruangan pengalaman, prlu isi pengalaman pemilik kompetensi atau isi perkara yg termaktub dlm pekeliling...?
BalasPadamSaya tak berapa nak faham soalan ni, setakat yang saya tahu bhg pengalaman isi pengalaman dlm perkhidmatan kita
Padamkenapa xde pilihan SALIN di bawah hrmis saya
BalasPadamCuba kecilkan paparan skrin hrmis tu tengok, ada tak...
Padamsaya pun hadapi masalah yg sama, skrin dah dikecilkan saiznya
Padammcm mana pula Guru Antarabangsa
BalasPadamtak pasti pula saya, kalau ada info saya balas kemudian dekat komen ni
Padamassalamualaikum cikgu. mcm mna dengan guru pendidikan khas pula? terutamanya bahagian akauntabaliti tu. isi ikut gd mcm biasa jugak ka?
BalasPadamWslm cikgu, saya tanya ckg pendidikan khas dkt sekolah saya, dia isi akauntabiliti dari gred semasa hingga gred tertinggi. Apapun, ia mengikut pengurusan sekolah juga, cuba cikgu rujuk PKP sekolah cikgu...
PadamKnp xkeluar tugas utama walaupun dah byk kali save
BalasPadamkecilkan skrin baru dapat tengok ia muncul di bawah
Padamkecilkan skreen (CTRL-), ia akan muncul di bawah akauntabiliti
PadamKenapa bila dah siap copy dan save tapi data tiada.. Dah banyak kali buat sama juga..
BalasPadamMasa saya copy akauntabili DG48 kot, save, tapi tak keluar apa-apa... Huhu. Isi lah balik jawabnya. Kadang sistem, kadang line... Tak tau nak cakap kenapa..
PadamBaru nak buat tak tahu mcm mn.
BalasPadamCikgu cuba ikut step by step dlm powerpoint mcm dkt atas, ada juga video dekat youtube yg rakan-rakan cikgu kongsi, boleh rujuk dari sana juga...
PadamBagaimana dengan guru pool pengurusan?
BalasPadamassalam cikgu..nk tny,sy guru data.so, sy kna isi utk guru data shj ke perlu isi jgk utk guru akademik biasa.tq
BalasPadamWslm, ya cikgu. Isi utk guru data sahaja.
PadamBoleh edit maklumat lagi ke kalau dah hantar?
BalasPadamKalau isi, simpan, masih boleh edit. Tapi kalau dah hantar, tak boleh edit rasanya...
Padamyang pengalaman ada ke kena isi setiap gred..ke semasa sahaja
BalasPadamPengalaman dari DG41
PadamBetul ke ada pekeliling atau ada arahan kena isi dari gred paling bawah misalnya dari gred 41 hingga 54 atau isi gred semasa sahaja ?
BalasPadamKalau tanya fasal pekeliling, saya tak ada info, tapi benda ni ikut kepada pentadbir sekolah juga, saya dengar ada sekolah isi gred semasa saja, ada yang isi semua... Apapun kalau tengok arahan dalam slaid di atas, mmg minta diisi semua.
Padamuntuk guru prasekolah guna GAB (guru akademik biasa) kan..
BalasPadamkerani kami kata tulis GA sahaja
PadamKenapa bila isi dimensi keluar simbol peratus dan nombor-nombor dalam ayat yang saya taip?
BalasPadamCUBA CLEARKAN CACHCE BROWSER TUAN
PadamSelamat sejahtera.. Saya dg 44 saya sudah habis lengkap isi bhg akauntibility dan dimensi bg dg 41 dan gd 44 TETAPI dlm pengesahan tak keluar nama pengawai pengesah dan penglulus.bagaimana hendak selesaikan masalah ini ?
BalasPadamsalam.. kalau penolong kanan lantikan sekolah perlu isi guru akademik atau PK?
BalasPadamWslm, apa maksud lantikan sekolah ya? Memangku jawatan PK? Bagi saya jawatan perlu diisi berdasarkan lantikan rasmi, cikgu tengok dalam e-operasi isi jawatan apa, ikut macam tu.
Padam