[Nota Komsas] Analisis Novel Songket Berbenang Emas

Cikgu Muzz
By -
0

 


Tema Songket Berbenang Emas ialah kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

Persoalan

  1. Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu kandung.
  2. Persoalan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab.
  3. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.

Watak dan Perwatakan

Dahlia

  1. Berusia 19 tahun.
  2. Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.
  3. Murid Tingkatan Enam Atas dan menuntut di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat.
  4. Berjaya melanjutkan pelajaran dalam Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun.

Embong

  1. Suami kepada Saleha.
  2. Bapa kepada Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Kiambang, Melati, dan Anggerik.
  3. Berasal dari Melaka dan pernah bekerja di sebuah kilang  di Batu Pahat dan akhirnya menetap di Kampung Parit Haji Rais, Batu Pahat, Johor.
  4. Melakukan kerja-kerja di kampung seperti menorehgetah, membersihkan kebun, dan memetik buah kelapa sawit.
  5. Kawan baik kepada Tauke Lim.

Saleha

  1. Isteri kepada Embong.
  2. Anak jati Kampung Parit Haji Rais.
  3. Anak bongsu Nek Kiah dan adik kepada Seman.
  4. Mengalami penyakit kemurungan hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai, Johor Bahru.

Nek Kiah

  1. Ibu kandung Saleha.
  2. Nenek kepada Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Kiambang, Melati, dan Anggerik.
  3. Mengakui kesalahan diri.
  4. Mempercayai kepercayaan karut.
  5. Mudah menerima hasutan dan pujukan.

Tauke Lim

  1. Berbangsa Tionghua.
  2. Bapa kepada Ann yang berumur 15 tahun.
  3. Murah hati.

Latar

Latar Tempat

  1. Rumah Embong.
  2. Rumah Nek Kiah.
  3. Hospital Permai, Johor Bahru.

Latar Masa

  1. Tiga bulan sebelum peperiksaan STPM.
  2. Musim cuti persekolahan.
  3. Musim hujan.

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.
  2. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
  3. Masyarakat yang terlibat dalam gejala negatif.
  4. Masyarakat yang suka menabur fitnah dan bercakap bohong.

Nilai

  1. Nilai bertanggungjawab
  2. Nilai kesabaran
  3. Nilai keberanian.
  4. Nilai kerajinan.

Pengajaran

  1. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.
  2. Kita perlulah berikhtiar untuk mengurangkan bebanan atau masalah yang ditanggung.
  3. Kita harus bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.

Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!