[Nota Komsas] Analisis Novel Tirani

Cikgu Muzz
By -
0

 


Tema novel Tirani ialah kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Persoalan

  1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya.
  2. Keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
  3. Ketegasan dalam membuat keputusan dan tindakan.
  4. Kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.
  5. Ketabahan menghadapi keruntuhan rumah tangga.

Watak dan Perwatakan

Waheeda Nurlyana

  1. Berusia 45 tahun.
  2. Bekas isteri Zahid.
  3. Mempunyai anak perempuan bernama Izzati yang berusia hampir 20 tahun.
  4. Pengusaha Chalet Tajau Emas di Matang, Sarawak.
  5. Pengurus Chalet Aya-Sajinah di Cameron Highlands, Pahang.
  6. Cantik, anggun, dan berperawakan menarik.
  7. Bijaksana, cekal, dan tabah.

Zahid

  1. Bekas suami Waheeda.
  2. Bapa kepada Izzati.
  3. Peguam yang berkelulusan Sarjana Undang-undang dari Universiti di Amerika Syarikat.
  4. Mementingkan penampilan diri.
  5. Cemburu buta dan panas baran.
  6. Gigih dan berani

Raidah

  1. Isteri kepada Fadhil.
  2. Ibu kepada dua orang anaknya, iaitu Ghazi dan Waheeda Nurlyana.
  3. Berbangsa Melayu Sarawak dan berfikiran agak konservatif.
  4. Pengurus dapur di Chalet Tajau Emas dan pandai memasak.
  5. Bersifat penyayang.

Bazilah

  1. Isteri kepada Dr. Zahari.
  2. Kawan baik kepada Waheeda Nurlyana.
  3. Bijaksana.
  4. Mengamalkan sikap setia kawan.

Izzati

  1. Anak perempuan tunggal Waheeda dan Zahid.
  2. Berumur hampir 20 tahun.
  3. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam Jurusan Pelancongan.
  4. Bersifat penyayang.
  5. Tidak menyimpan dendam.

Latar

Latar Tempat

  1. Rumah Fadhil.
  2. Rumah Bazilah, di Yishun Street.
  3. Rumah Haji Abdul Aziz Imran, Damansara Heights.
  4. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura.
  5. Chalet Iwana-Iwani, Cameron Highlands.
  6. Restoran Iwana.

Latar Masa

  1. Waktu siang.
  2. Waktu malam.

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
  2. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.
  3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
  4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.

Nilai

  1. Nilai tanggungjawab.
  2. Nilai kebijaksanaan.
  3. Nilai kesabaran.
  4. Nilai keberanian.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan antara anggota keluarga.
  2. Kita hendaklah bersikap jujur dan sanggup berterus terang untuk menyelesaikan masalah.
  3. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
  4. Kita mestilah gigih dalam mengusahakan perniagaan.
  5. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan atau keputusan.
  6. Kita mestilah berani membuat keputusan demi kesenangan pada masa depan 

Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!