Jawapan Rumusan SPM KSSM: Semangat Kejiranan

Cikgu Muzz
By -
1

 


CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: SEMANGAT KEJIRANAN

Fokus 1: Sebab-Sebab Amalan Kejiranan Kurang Diamalkan

Bahan 1

  • Kesibukan seharian dalam mengejar karier
  • Perkembangan teknologi
  • Aktiviti berkaitan kejiranan semakin kurang diamalkan

Bahan 2

  • Buruk sangka dengan jiran

Fokus 2: Cara-Cara Mengukuhkan Semangat Kejiran

Bahan 1

  • Mengamalkan amalan bertegur sapa
  • Mempunyai matlamat hidup yang sama yang inginkan perpaduan
  • Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan yang dialami jiran
  • Sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing
  • Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menggores hari jiran
  • Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran
  • Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan

 JAWAPAN LENGKAP

                   Rumusan membincangkan sebab-sebab semangat kejiranan kurang diamalkan dan cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

            Salah satu sebab semangat kejiranan kurang diamalkan ialah kesibukan seharian dalam mengejar karier. Selain itu, perkembangan teknologi dan buruk sangka terhadap jiran turut menjadi musabab isu ini.

            Cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan bertegur sapa dan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan yang dialami jiran. Seterusnya, sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang boleh menggores hati jiran juga boleh dipraktikkan dalam urusan seharian dalam usaha mengukuhkan semangat kejiranan. Tambahan lagi meluangkan masa berkunjung ke rumah jiran juga boleh mengeratkan hubungan kejiranan.

            Kesimpulannya, masyarakat hendaklah menitikberatkan hubungan kejiranan agar dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni.

(113 patah perkataan)

>>> Soalan


Tags:

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!