Agrobank Malaysia dengan kerjasama Bank Negara menganjurkan Program Celik Wang bagi mendedahkan amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur kepada generasi muda. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara berhemat dan memberikan pendedahkan tentang cara lebih berkesan dalam membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran. Program ini ditujukan kepada golongan muda lebih lebih lagi murid sekolah rendah kerana mereka seharusnya diberikan pendedahan tentang pengurusan wang saku.
Sebagai salah satu institusi kewangan yang berpengalaman hampir 46 tahun, Agrobank yakin pendedahan pada peringkat awal sangat penting dan relevan dalam usaha membentuk sahsiah diri generasi muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan. Agrobank akan mendekati murid sekolah melalui program sekolah angkat untuk menggalakkan mereka membuka akaun dan menambahkan simpanan dari masa ke masa. Sementara itu, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank Negara turut menegaskan bahawa amalan menggunakan wang yang lebih berkesan perlu dipupuk sejak awal kerana tabiat seseorang individu lebih mudah terbentuk pada usia muda. Bank Negara komited dalam menyampaikan pendidikan kewangan secara berterusan dari usia kanak-kanak sehingga dewasa supaya dapat melahirkan masyarakat yang celik wang dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mengintegrasikan elemen pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah secara berperingkat.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Program Celik Wang” Oleh Mohd. Nasaruddin Musa, www.utusan.com.my, 16 Mei 2016)
>>>
Jawapan