[Nota Komsas] Analisis Cerpen Legasi Tapai Ubi; Antologi Bintang Hati

Cikgu Muzz
By -
0

 


SINOPSIS CERPEN LEGASI TAPAI UBI

Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

TEMA CERPEN LEGASI TAPAI UBI
Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser.

PERSOALAN CERPEN LEGASI TAPAI UBI

  1. Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.
  2. Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
  3. Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.
  4. Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak

WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN LEGASI TAPAI UBI

Parjo

  1. Anak sulung Wak Salikon.
  2. Penerima Ijazah Kedoktoran.
  3. Pensyarah universiti.
  4. Taat akan emak dan bapanya.
  5. Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
  6. Tidak melupakan jasa emak dan bapanya.
  7. Seorang yang teliti.

Wak Salikon

  1. Bapa Parjo.
  2. Gigih melakukan pekerjaan.
  3. Mementingkan pendidikan anak-anak.
  4. Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya.
  5. Teliti ketika melakukan kerja.

Emak

  1. Emak Parjo.
  2. Gigih membantu suami menjalankan perniagaan tapai.
  3. Teliti ketika melakukan kerja.
  4. Prihatin terhadap anak.


LATAR CERPEN LEGASI TAPAI UBI

Latar Tempat

  1. Kantin sekolah.
  2. Rumah Wak Salikon.
  3. Fakulti perubatan di universiti.
  4. Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Latar Masa

  1. Waktu pagi.
  2. Selepas sembahyang
  3. Permulaan semester
  4. Enam puluh hari.

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.
  2. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.
  3. Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
  4. Masyarakat yang berpandangan jauh.
  5. Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.
  6. Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.


GAYA BAHASA CERPEN LEGASI TAPAI UBI

  1. Laras bahasa Sains -  bakteriosinmanihot esculantametastasis.
  2. Peribahasa - alah bisa tegal biasa.
  3. Repetisi - Tapai! Tapai! Tapai!
  4. Sinkope - “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!

NILAI CERPEN LEGASI TAPAI UBI

  1. Kegigihan.
  2. Kerajinan.
  3. Kesyukuran.
  4. Kasih sayang.
  5. Kerjasama.

PENGAJARAN CERPEN LEGASI TAPAI UBI

  1. Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.
  2. Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
  3. Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
  4. Kita patutlah menghargai jasa ibu bapa.
  5. Kita mestilah bijak merebut peluang demi kemajuan.
  6. Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.
Kredit: Sabadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!