SINOPSIS CERPEN SEKEPING
TANAH
Cerpen ini dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun untuk berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa menetap di rumah pusaka itu dengan keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila dia meninggal dunia.
Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondo. Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka boleh membuat pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya, Halimah yang merupakan seorang pengurus bank.
Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi mereka merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang peguam untuk membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula.
Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah pusaka dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00. Begitu juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala.
Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan kerana ingin melihat dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya.
Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli kondo mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun setengah yang lalu.
Hisyam menyerahkan jawatan Pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di bank. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.
TEMA CERPEN SEKEPING TANAH
Konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan keluarga.
PERSOALAN CERPEN SEKEPING TANAH

- Keberanian mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan.
- Kerjasama dan kolaboratif dalam menjayakan projek usahasama.
- Kebijaksanaan merancang masa depan.
- Keutuhan integriti dalam memikul tanggungjawab.
WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN
SEKEPING TANAH
Hisyam/Hisyam bin
Sulaiman |
|
Harun |
|
Halimah |
|
LATAR CERPEN SEKEPING TANAH
Latar Tempat |
|
Latar Masa |
|
Latar Masyarakat |
|
GAYA BAHASA CERPEN SEKEPING TANAH
- Bahasa Arab - Astaghfirullah.
- Kata ganda - dalam-dalam; mati-mati; bulat-bulat; dan angan-angan.
- Metafora - mata batinnya.
- Sinkope - Tak boleh. Kamu saja, Syam.
- Repetisi - Dia cabar saya. Dia hina saya.
- Peribahasa - tukar tangan; perah otak.
- Perlambangan - Pisau di tangan abang.
- Personifikasi - Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepadaadiknya itu tetapi otaknya melarang.
NILAI CERPEN SEKEPING TANAH
- Amanah.
- Baik hati.
- Hormat-menghormati.
- Kebijaksanaan.
- Kasih sayang.
- Keberanian.
- Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
- Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-baiknya.
- Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan maruah dan diri.
- Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Kredit: Sabadi