[Nota Komsas] Analisis Drama Tenang-Tenang Air Di Tasik; Antologi Bintang Hati

Cikgu Muzz
By -
0


SINOPSIS DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK
Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar yang memberitahu ibunya tentang kerelaannya untuk melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak  dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak  merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana dia bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Menurut ibunya lagi, tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak. Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih kumpulan peserta itu memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga keselamatannya sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar merupakan seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian.
 
Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong. 
 
Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di beranda chalet. Dalam perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka.
 
Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka mampu berkayak dengan begitu baik.
 
Dalam perbualan antara Muzafar, Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah  keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan perawakan.
 
Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan oleh anaknya, Muzafar.
 
Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.
 
PEMIKIRAN DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK
Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya.
 
PERSOALAN DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK
  1. Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
  2. Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.
  3. Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.  
  4. Kepentingan sikap bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
  5. Kegigihan dalam mempelajari ilmu baharu.

WATAK DAN PERWATAKAN DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK

Muzafar

  1. Anak tunggal dalam keluarga.
  2. Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.
  3. Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas seorang pegawai.
  4. Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama Permai Resort.
  5. Amanah dan bertanggungjawab.
  6. Rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
  7. Penyayang.
  8. Gigih dalam melakukan sesuatu perkara.

Muzamir

  1. Sebaya dan seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perawakan.
  2. Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkankepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.
  3. Gigih menjalani latihan berkayak.
  4. Mengenang budi.
  5. Tabah dengan kecacatan matanya yang buta itu.

Ibu Muzafar

  1. Balu yang kematian suami.
  2. Seorang yang pandai bergaya moden.
  3. Mantan pegawai dan kini bergiat aktif dalam persukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.
  4. Seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh.
  5. Penyayang.
  6. Pandai menyimpan rahsia.
  7. Bersifat pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.
  8. Mementingkan status dan maruah keluarga.

 


GAYA BAHASA DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK

  1. Bahasa Arab - Insya-AllahAssalamualaikum.
  2. Bahasa Inggeris - rafting; commando rescuewater confidence.
  3. Metafora - lautan mimpi.
  4. Sinkope - Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?

LATAR DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK

Latar Tempat

  1. Rumah batu mewah.
  2. Tasik Permai.
  3. Pekarangan Permai Resort.
  4. Studio, Permai Resort.

Latar Masa

  1. Waktu pagi.
  2. Waktu siang.
  3. Waktu malam.
  4. Empat hari tiga malam.

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan
  2. bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
  3. Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
  4. Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar
  5. keupayaan sebenar seseorang.
  6. Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantu dalam
  7. menjayakan ekspedisi berkayak.
  8. Masyarakat golongan berada dan ternama yang
  9. mementingkan kedudukan dan maruah keluarga.
  10. Masyarakat golongan kelainan upaya yang gigih mempelajari
  11. ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri yang
  12. sebenar.
  13. Masyarakat yang bertanggungjawab dalam memikul tugas.
  14. Masyarakat yang berhemah tinggi.


NILAI DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK
  1. Kerjasama.
  2. Baik hati.
  3. Bertanggungjawab.
  4. Kasih sayang.
  5. Keberanian.
  6. Kegigihan.
  7. Kesabaran.
PENGAJARAN DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK
  1. Kita hendaklah bijak menyusun sesuatu aktiviti ketikamemberi latihan kepada orang lain.
  2. Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuhtanggungjawab.
  3. Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang.
  4. Kita janganlah memandang rendah terhadap orang kelainanupaya.
  5. Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
  6. Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti berpasukan.

 Kredit: Sabadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!