[Nota Komsas] Analisis Sajak Bintang Hati; Antologi Bintang Hati

Cikgu Muzz
By -
2


MAKSUD SAJAK BINTANG

Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

 

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan   ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

 

Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

 

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak  tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

TEMA SAJAK BINTANG
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.
 
PERSOALAN SAJAK BINTANG

  1. Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
  2. Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.
  3. Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
  4. Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

BENTUK SAJAK BINTANG

  1. Terdiri daripada dua rangkap.
  2. Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata. 
  3. Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.
  4. Bentuknya bebas.

GAYA BAHASA SAJAK BINTANG

  1. Metafora - bintang hati.
  2. Personifikasi - menghias langit yang terbentang.
  3. Kata ganda - bintang-bintang.

NADA SAJAK BINTANG
Romantis.
 
NILAI SAJAK BINTANG

  1. Kasih sayang.
  2. Mengenang jasa.
  3. Ketaatan.
  4. Tanggungjawab.

PENGAJARAN SAJAK BINTANG

  1. Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
  2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.
  3. Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.
Kredit: Sabadi

Post a Comment

2Comments

  1. Assalamualaikum, cikgu Muzz.

    Saya mohon salin nota sajak Bintang Hati dalam blog cikgu untuk anak-anak murid saya.

    Mohon halalkan ilmu cikgu.

    Semoga Allah memberkati hidup cikgu atas ilmu yang cikgu sebarkan ini. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, cikgu. Dipersilakan. Terima kasih atas doa yang baik-baik.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!