[Nota Komsas] Analisis Sajak Kijang Yang Lelah; Antologi Bintang Hati

Cikgu Muzz
By -
0

 


MAKSUD SAJAK KIJANG YANG LELAH

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema,
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba,
Dia tidak lagi mampu menobat takhta,
Mengorak telapak di tanah menghijau,

 

Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.

 

Saat itu,
Sebak menyentap dahan kalbu,
Dedaun resah mula berguguran,
Pepohon batin akhirnya tumbang,
Akarya menguncup di perdu harap,

Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.

 

 

Hari ini,
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki,
Menghambat waktu yang bersisa,
Walau dalam jera lelah,
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga,

Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.

 

Bimbang tersadung akar dan jerat,
Sang kijang lebih berhati-hati menapak,
Meski dalam peribadi yang keruh,
Diredah belantara yang mula teduh,
Nun jauh di batas nuraninya,
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah,
terus mengorak penuh berhemah,
dengan akal dan hati,
dia tidak lagi gundah,
menyusun gerak dan langkah.

Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.


TEMA SAJAK KIJANG YANG LELAH
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.
 
PERSOALAN SAJAK KIJANG YANG LELAH
  1. Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.
  2. Kekuasaan yang semakin hilang apabila menginjak usia.
  3. Kekuatan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran hidup.
BENTUK SAJAK KIJANG YANG LELAH
  1. Terdiri daripada empat rangkap.
  2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak seragam.
  3. Terdapat dua hingga tujuh patah perkataan dalam sebaris.
  4. Mengandungi 4-17 suku kata dalam sebaris.
  5. Sajak berbentuk bebas.
GAYA BAHASA SAJAK KIJANG YANG LELAH
  1. Metafora – dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.
  2. Personifikasi – Menghambat waktu yang bersisa.
  3. Hiperbola – suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
NADA SAJAK KIJANG YANG LELAH
Melankolik
 
NILAI SAJAK KIJANG YANG LELAH
  1. Ketabahan
  2. Kesungguhan
PENGAJARAN SAJAK KIJANG YANG LELAH
  1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
  2. Kita haruslah reda dengan takdir hidup.
Kredit: Sabadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!