[Nota Komsas] Analisis Syair Burung Nuri; Antologi Bintang Hati

Cikgu Muzz
By -
1

MAKSUD SYAIR BURUNG NURI

Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

 

Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.

 

Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nasta.

 

Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.

Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan.
Terperilah madah patik nin tuan.

 

Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.

 

Dituliskan sahifah supaya nyata, 
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

 

Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan.

 

Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

 

Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa

Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

 

Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.

 

Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

 

Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya menjadi hancur.

 

Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati. 

 

Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

TEMA SYAIR BURUNG NURI
Adab dalam kehidupan seseorang.
 
PERSOALAN SYAIR BURUNG NURI
  1. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
  2. Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika menempuhi alam percintaan.
  3. Rasional ketika berfikir dan membuat keputusan.
BENTUK SYAIR BURUNG NURI
  1. Terdiri daripada lapan rangkap.
  2. Mengandungi empat baris bagi setiap rangkap.
  3. Semua baris merupakan maksud.
  4. Mengandungi 3-6 patah perkataan dalam setiap baris.
  5. Terdiri daripada 10-13 suku kata dalam sebaris.
  6. Syair ini berbentuk terikat.
GAYA BAHASA SYAIR BURUNG NURI
  1. Inversi – Dituliskan sahifah supaya nyata.
  2. Simile – Laksana cermin jatuh ke batu.
  3. Repetisi- Hanyutlah badan ke sana ke mari.
NILAI SYAIR BURUNG NURI
  1. Hemah tinggi
  2. Kesedaran
  3. Rasional
PENGAJARAN SYAIR BURUNG NURI
  1. Kita hendaklah mengamalkan sikap rendha diri dalam kehidupan seharian.
  2. Kita perlulah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.
  3. Kita haruslah tidak berputus asa dalam kehidupan.
Kredit: Sabadi

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!