MAKSUD SAJAK PESAN IBU BERIBU-RIBU
Kita ada
ibu
ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. |
Setiap anak mempunyai seorang ibu sahaja tetapi
terdapat banyak pesanan ibu kepada anak dalam menghadapi kehidupan. |
Setiap
langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk." Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju "Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu." Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu "Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu." |
Pesanan ibu kepada anak meliputi keseluruhan kehidupan
anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin belajar supaya dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan dan berhati-hati dalam memilih kawan. Ibu juga berpesan agar
anaknya mencari rakan yang baik dan menjauhi rakan yang boleh mempengaruhi
anaknya melakukan perkara yang negatif. Ibu berpesan lagi agar si anak
berwaspada ketika keluar dari rumah kerana bimbang akan bahaya yang mungkin
menimpa diri. Walaupun si anak berasa jemu dengan setiap pesanan ibu namun ibu
tidak pernah berhenti berpesan. Pesanannya sentiasa bertambah dari sehari ke
sehari, termasuklah pesanan agar menjaga kesihatan diri. |
Suatu
senja
seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkap Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap. |
Suatu hari penyajak melihat rakannya bersedih kerana
ditinggalkan oleh kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya ialah
seorang penipu dan telah ditangkap. |
Dia
menyatakan kesalnya
kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu "Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. |
Ketika itu rakan penyajak telah menyedari bahawa dia
telah mengabaikan pesanan ibunya agar berhati-hati dalam memilih sahabat.
Setelah itu, penyajak mula menerima hakikat kebenaran pesanan ibunya dan
merindui pesananpesanan ibunya. |
Ibu,
kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu. |
Akhirnya, penyajak mengakui bahawa ibunya lebih arif dalam
menilai perkara yang baik dan yang buruk. Penyajak sanggup menerima
lebih banyak pesanan ibunya kerana dia tidak akan bosan
mendengarnya. Penyajak sedar bahawa sempurnanya tanggungjawab seorang ibu
apabila beliau dapat menyampaikan pesanan yang baik kepada anaknya. |
Seorang ibu yang tidak pernah jemu memberikan nasihat kepada anaknya.
- Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
- Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
- Keperluan sikap berhati-hati dalam memilih kawan.
- Terdiri daripada lima rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
- Mempunyai 1-7 patah perkataan dalam sebaris dan 2-16 suku kata dalam sebaris.
- Sajak berbentuk bebas.
- Hiperbola – kawan berhantu
- Repetisi - tapi ibu tetap ibu
Melankolik
- Kasih sayang
- Kebijaksanaan
- Kesungguhan
- Kita hendaklah sentiasa patuh dan mendengar nasihat ibu.
- Kita perlulah rajin dalam menuntut ilmu.
- Kita haruslah bijak dalam memilih sahabat.