Novel Pantai Kasih mengisahkan kemelut jiwa yang dihadapi oleh Raiha.
Cerita bermula apabila Raiha berasa resah setelah meneliti sinar-X terbaharu
milik Unong Siron. Doktor Uwang tidak berpuas hati dan merasakan seolah-olah
Raiha mempertikaikan kewibawaannya sebagai seorang pakar bedah. Raiha mengeluh
kerana Doktor Uwang telah lima kali menjalankan pembedahan sendi pinggul
terhadap Unong Siron tetapi tidak berhasil dan mendatangkan kesakitan terhadap pesakit itu. Felicia Landosi, ketua jururawat di Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) teringat akan sumpah yang dibuatnya di hadapan Doktor Uwang dan
ikrar yang pernah dilafazkan di hadapan Raiha. Doktor Uwang telah menawarkan
gaji yang lumayan kepada Felicia Landosi sebagai umpan untuk menutup mulut Felicia
tentang dosa dan kenangan pahit yang telah dilakukannya. Hati dan perasaan
Felicia resah dan peristiwa hitam itu sering kali menghantui perasaannya sehingga
dia merasakan tidak tenteram berada di PRPK. Felicia telah mengambil ubat batuk
secara curi-curi di farmasi bagi mengurangkan gangguan halusinasi dan melupakan
kenangan hitam yang dialaminya itu sehingga terlebih dos. Felicia memarahi Ariana Abdullah yang leka bergayut di
talian kerana beranggapan bahawa Ariana kurang bertanggungjawab ketika menjalankan
tugasnya di kaunter PRPK. Felicia berasa lega kerana diberikan shift bertugas pada
sebelah malam di PRPK kerana dia tidak perlu bersusah payah merawat dan
membantu pesakit kerana tugasnya pada sebelah malam hanyalah memastikan semua
pesakitnya tidur dengan selesa. Doktor Uwang berjaya membangunkan PRPK daripada pusat
rawatan kecilhingga menjadi sebuah
pusat rawatan yang ternama dan mewah. Namun begitu, kewibawaannya sebagai
peneraju PRPK masih belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, iaitu
Datu Ontong. Doktor Uwang berasa terpukul apabila pembedahan yang dilakukannya terhadap
Unong Siron dipertikaikan oleh Raiha. Ketika bertugas di PRPK pada suatu malam, Raiha mendengar
suara aneh yang menyebut perkataan “lari”. Felicia menjalankan tugas rutinnya
sebagai ketua jururawat di PRPK. Dia bertugas di wad super VIP. Felicia melayan
pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra dan bertanggungjawab. Ketika menikmati
aiskrim, Felicia berasa loya setelah diberitahu oleh Kartini Borhan bahawa
aiskrim itu milik Doktor Raiha. Felicia berasa rimas dan kurang senang apabila
Kartini bercerita tentang pesakit Unong Siron, harapan ibu Unong Siron, dan
kejayaan Doktor Raiha membuat pembedahan penggantian sendi pinggul. Felicia menuju
ke farmasi untuk mengambil ubat batuk. Raiha tiba di kondominiummewahnya setelah penat menjalankan operasi penggantian
sendi pinggul Unong Siron pada petang tadi. Ketika berada di dalam lif, Raiha terkenang
akan sejarah asal usulnya. Dia dibesarkan oleh neneknya yang berketurunan
Idaan, yang mempunyaisusur galur
keturunan Nunuk Ragang yang berasal dari daerah Tampias, Hulu Labuk, Ranau. Doktor Uwang teringat akan kisah dirinya yang mempunyai
isteri yang jelita dan isteri-isteri tidak rasminya yang sentiasa hadir dalam
hidupnya. Ketika Doktor Uwang sedang menonton televisyen di rumah bersama-sama dengan isteri jelitanya, dia seakan-akan
melihat wajah anak Raiha di kaca
televisyen. Tatkala Felicia memasuki ruang farmasi, dia merasakan bahawa dia
tersilap langkah ke salah sebuah wad kelas biasa dan telah bersua muka dengan seorang pesakit lelaki yang telah mengadu tentang
infeksi yang berlaku kepadanya. Doktor Uwang mengunjungi kelab malam eksklusif bagi
menenangkan fikirannya daripada suara dan gambaran kanak-kanak perempuan mirip
wajah anak Raiha. Walaupun malam kian lewat, Uwang melihat jumlah
pengunjungke kelab malam itu semakin
bertambah. Felicia termangu dengan persoalan tentang khidmatnya di PRPK. Doktor
Mohammad telah dipanggil bertugas on call pada malam itu kerana terdapat kes kelahiran
pramatang seorang bayi yang menghadapi kesukaran bernafas. Felicia ke bilik air
untuk menyejukkan kulit mukanya yang terasa hangat tetapi dia merasakan
seolah-olah dia berada di bilik kuliah yang sedang menyaksikan demonstrasi
tentang jenis posisi pesakit. Ariana menyangkakan Felicia menangis sambil duduk
di lantai bilik air yang basah kerana jatuh tergelincir. Felicia kehairanan
bagaimana dia boleh duduk di lantai bilik air yang basah itu. Kenangan Doktor Uwang tentang kisah silam hilang tiba-tiba
apabila isteri jelitanya muncul di ambang pintu. Isteri jelita Doktor Uwang
memaklumkan panggilan telefon yang diterima daripada Raiha yang ingin
berbincang dengannya tentang pesakit bernama Unong Siron. Raiha berada di dalam
kondominiumnya. Raiha menerima panggilan telefon daripada Felicia yang memintanya
datang segera ke PRPK berhubung dengan masalah pesakit bernama Unong Siron.
Felicia merasakan dirinya terperangkap di dalam farmasi PRPK. Dia mengambil ubat
batuk di ruang farmasi itu hingga menyebabkan dirinya khayal. Felicia
menyangkakan Raiha yang datang mencarinya. Namun begitu, yang tersembul di
celah pintu ruang farmasi itu ialah Doktor Mohammad. Felicia memohon bantuan Doktor
Mohammad untuk memulihkan kembali segala masalah yang dihadapinya itu. Raiha memandu keretanya dari kondominiumnya ke PRPK.
Setibanya di garaj PRPK, Raiha terbayang berbagai-bagaiperistiwa yang berlaku
sepanjang hari itu. Doktor Alex Ng
kehairanan apabila melihat Raiha tiba-tiba munculdi
PRPK pada malam itu. Doktor Raiha mengatakan bahawa dia menerima panggilan
tentang pesakit bernama Unong Siron. Doktor Alex Ng menegaskan bahawa Raiha
mungkin menerima panggilan palsu. Raiha melawat wad hunian Unong Siron.
Setibanya di luar pintu wad hunian Unong Siron, secara tiba-tiba gambaran
Doktor Sadiz datang menjelma. Bagi Raiha, hidup dan ruang kerjayanya kini hanya
di ruang sempit antara kondominium mewahnya dengan PRPK. Ibu Unong Siron begitu
cemas dan menanyakan Raiha berkaitan dengan perkembangan pembedahan penggantian
sendi pinggul anaknya petang tadi. Raiha meletakkan harapan yang tinggi dan
berdoa agar pembedahan kali keenam itu berjaya. Raiha menyoroti tubuh Unong
Siron yang terlantar lesu di atas katil pesakit itu. Raiha berbincang dengan
Emma Yong, jururawat bertugas di wad hunian itu agar pembedahan yang dilakukan
itu merupakan pembedahan yang terakhir untuk Unong Siron. Raiha masih
tertanya-tanya sebab kelima-lima pembedahan terdahulu menemukan kegagalan sementelah
pula dilakukan sendiri oleh Doktor Uwang. Kenangan lalu Raiha lenyap dengan kehadiran secara tiba-tiba
Ariana yang meminta pertolongan Raiha. Menurut Ariana, Felicia telah ditahan
oleh orang asing, penceroboh yang menyamar
sebagai doktor sebelum ini di bilik bedah. Setibanya mereka di luar bilik bedah, mereka
melihat pemuda yang berlagak sebagai doktor itu memegang pisau bedah yang
meruncing tajam dan dihunuskan di atas dada Felicia. Ibu Unong Siron telah
menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu kerana pemuda itu
tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron telah memujuk pemuda kurang siuman itu
supaya melepaskan Felicia dan mengikutnya untuk merawat Unong Siron yang sedang
sakit. Selepas itu, pemuda kurang siuman itu dihantar ke hospital sakit jiwa untuk
menerima rawatan lanjut. Raiha mendapatkan Felicia yang masih separuh khayal
itu. Namun begitu, Felicia bertindak agresif dengan melarang Raiha menyentuhnya
sambil tersedu-sedan menangis kepiluan. Sewaktu kereta mewah yang dipandu Doktor Uwang melewati
pintu PRPK, Doktor Uwang tersentak nafas sekali lagi menyebabkan dia gagal
mengawal kereta lalu melanggar tembok garaj. Doktor Uwang mengalami kecederaan
parah dan terpaksa menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya
yang rosak. Ketika Raiha melangkah ke garaj kereta PRPK menjelang dinihari, Felicia
telah memanggil namanya. Dengan menangis tersedu-sedan, Felicia telah meminta maaf
daripada Raiha kerana kesilapannya terjebak dalam kes kematian anak Raiha,
Rohayu. Felicia menceritakan keadaan sebenar yang berlaku kepada Raiha. Felicia
memohon maaf sekali lagi daripada Raiha dan mengatakan dia takut untuk tampil sebagai
saksi di mahkamah. Raiha sedar bahawa dia dan Felicia merupakan dua orang insan
yang sama-sama menjadi mangsa keadaan dan mangsa kerakusan diri sendiri. Raiha
memaafkan kesalahan Felicia. Dia reda dan pasrah dengan kematian anak
tunggalnya itu.