Sinopsis Novel Formula Termodinamik

Cikgu Muzz
By -
0

 


Novel ini berlatarbelakangkan Kampung Warisan di Papar, Sabah. Memaparkan watak utama iaitu Amir dan rakannya Usamah telah berjaya mencipta dan mengubah suai mesin rumput yang terpakai untuk petani melakukan kerja menanam padi. Mesin yang dinamakan 2 dalam 1 diubahsuai berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Aswan mengetahui rancangan Amir dan Usamah. Dia berasa tidak senang hati dan pelbagai usaha dilakukan olehnya untuk menyayangi ciptaan Amir dan Usamah. Buktinya Aswan berjaya mencuri pemacu pena yang mengandungi Formula Termodinamik dan hampir terlibat dengan jenayah siber apabila dalam pemacu pena tersebut mengandungi maklumat perniagaan yang nyaris-nyaris  membuatkan  dia terlibat dalam jenayah siber.

Akhirnya, Aswan berasa sangat insaf setelah lemas dibawa arus semasa Majlis Sambutan Hari Krismas. Aswan berasa menyesal dan memohon maaf terhadap Amir yang kebetulan membantu menyelamatkannya semasa lemas. Amir tidak menyimpan sebarang dendam dan sedia  memaafkan  Aswan dan rakan-rakannya. Amir dan Usamah akhirnya berjaya memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka akan pulang membawa sebuah kejayaan yang gemilang.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!