Zahar seorang pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi. Impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke ITM selepas menduduki peperiksaan SPM musnah. Hal ini berlaku demikian kerana dia demam sewaktu peperiksaan berlangsung. Kemiskinan menyebabkan Zahar tidak berpeluang untuk belajar semula. Zahar terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu dua orang adiknya yang masih bersekolah. Bapa Zahar telah meninggal dunia, sementara ibunya hanya mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung memaksa Zahar melupakan impiannya untuk ke menara gading seketika. Tindakannya itu telah disalahertikan oleh kawan baiknya, Suhaili. Suhaili menganggap Zahar sebagai manusia yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di sekolah mereka telah berjanji bersama-sama untuk ke ITM.
ibunya, Pak Yusuf, dan rakan-rakan lamanya. Mereka sangat gembira kerana impian Zahar akhirnya terlaksana. Dengan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM 10,000 dan juga sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5,000, Zahar telah berjaya membuka bengkel perabotnya. Kini, segala Impian Zahar tercapai. Zahar berjaya membuktikan kepada Suhaili bahawa belajar di IKM juga mampu untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabot milik Zahar menjadi makin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar. Norimi mengirim surat kepada Zahar dan itu ialah tanda bahawa dia akan dapat melangsungkan hubungan dengan gadis tersebut. Bapa saudara Zahar, Pak Yusuf juga mengharapkan Zahar akan berjodoh dengan Norimi.