[Nota Komsas] Analisis Pantun Alam Remaja; Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Cikgu Muzz
By -
0

 



MAKSUD PANTUN ALAM REMAJA

Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

 

Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.

 

Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

 

Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

 

Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

 

Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

 

Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

 

Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

 

Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

 

Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan anak-anak.

 

Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

 

Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

 

Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

 

Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

 


TEMA PANTUN ALAM REMAJA
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
 
PERSOALAN PANTUN ALAM REMAJA
    1. Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
    2. Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati seseorang.
    3. Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
BENTUK PANTUN ALAM REMAJA
    1. Terdiri daripada tujuh rangkap.
    2. Berisi empat baris setiap rangkap.
    3. Ada pembayang dan maksudnya.
    4. Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
    5. Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris.
    6. Bentuknya terikat.
GAYA BAHASA PANTUN ALAM REMAJA
    1. Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam kinantan; ranting; rumput.
    2. Peribahasa. Contohnya, besar hati.
    3. Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a).
    4. Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b).
    5. Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali rangkap kedua rima akhirnya aaaa.
NILAI PANTUN ALAM REMAJA
    1. Kasih sayang.
    2. Tanggungjawab.
    3. Baik hati.
PENGAJARAN PANTUN ALAM REMAJA
    1. Kita mestilah menyayangi anak-anak.
    2. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
    3. Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.

Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!