Latihan Karangan Domain Kerjaya: Usaha Memupuk Minat Remaja Terhadap Bidang Pertanian

Cikgu Muzz
By -
2
 

KARANGAN BAHAGIAN B: DOMAIN KERJAYA
Muhammad Subri Zaid, 35, yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal Kuasa telah empat tahun menceburi bidang pertanian. Menurutnya pertanian memberi jaminan masa depan yang cerah sekiranya pengusaha memiliki minda positif, keazaman yang kuat dan perlu sentiasa peka dengan teknologi terbaharu berkaitan pertanian. Namun sekiranya mahu menjadi petani kerana melihat kejayaan usahawan lain, ia tidak akan ke mana-mana kerana bidang ini bukanlah kerjaya main-main atau hanya suka-suka.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadi Petani Jiwa Kena Kental’
oleh  BERNAMA)
 
Petikan akhbar di atas menerangkan bahawa bidang pertanian juga mampu memberi jaminan masa depan yang cerah. Namun, sektor pertanian dikatakan kurang diminati oleh generasi muda. Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
 
Cadangan Isi:
    1. Kerajaan  menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan lebih banyak Kolej Vokasional berasaskan pertanian.
    2. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menganjurkan lebih banyak kursus secara percuma kepada generasi muda yang berminat dengan pertanian.
    3. Bantuan modal dan kemahiran kepada petani muda menerusi agensi berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang  dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
    4. Pihak sekolah boleh memupuk minat remaja terhadap bidang pertanian menerusi aktiviti kokurikulum (Kelab Pertanian, Makmal Pertanian, Pertanian Rumah Kaca dll.)
    5. Ibu bapa memberikan sokongan dan dorongan kepada remaja yang meminati bidang pertanian.
Tags:

Post a Comment

2Comments

  1. mana contoh karangan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk posting ni 'latihan' bukan 'contoh karangan'... Harap maklum.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!