Latihan Karangan PT3: Pengalaman Berpindah Ke Tempat Baharu

Cikgu Muzz
By -
0
 


Ayah anda telah diarahkan bertugas di tempat kerja baharu. Oleh itu, anda sekeluarga akan berpindah rumah berdekatan dengan kawasan tempat kerja ayah anda. Ceritakan keadaan di tempat baharu tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah pertakataan.
 
Panduan Menjawab!
    1. Karangan ini ialah karangan jenis gambaran.
    2. Sama seperti karangan jenis perbincangan bilangan perenggan yang dicadangkan untuk karangan ini masih lima perenggan.
    3. Dalam perenggan pendahuluan, murid boleh menulis tentang tempat tinggal sekarang, pekerjaan ayah dan tempat tinggal baharu yang akan dituju.
    4. Bagi perenggan isi, pecahan isi boleh dibahagikan kepada tiga.
    5. Isi pertama murid boleh menggambarkan keadaan rumah dan persekitaran rumah.
    6. Isi kedua pula, murid boleh memerihalkan jiran tetangga dan kawan baharu yang berdekatan dengan tempat tinggal.
    7. Isi terakhir pula, murid boleh memilih untuk bercerita tentang sekolah baharu.
    8. Menerusi perenggan kesimpulan, murid boleh menyatakan harapan dan hasrat yang diinginkan apabila tinggal di tempat baharu.
Contoh Pendahuluan
            Nama aku Ahmad Salehudin Bin Ahmad Akbar. Sejak kecil setelah aku mengenal erti baca dan tulis, aku memahami bahawa Tuhan mentakdirkan aku menjadi anak kepada seorang lelaki yang bertugas sebagai pegawai polis. Ayahku memakai seragam biru tua menumpahkan taat setia kepada negara. Lantaran itu, berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sudah seperti alah bisa tegal biasa buat diriku. Ketika ini aku belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Berat rasanya hati meninggalkan daerah yang terkenal dengan sate kajang ini. Entah bagaimana agaknya kehidupan di negeri yang sinonim dengan gelaran Pulau Mutiara nanti?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!