[Nota Komsas] Analisis Pantun Kasih Sayang; Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Cikgu Muzz
By -
0


MAKSUD PANTUN KASIH SAYANG

Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak di dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.

Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri kerana senyuman-nya yang menawan.

Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah;
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan, impian tidak kesampaian.

Anak udang meniti batang,
Berasa dahan terlmpai;
Melihat bulan di pagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.

Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis orang.

Jalan-jalan sepanjang jalan,
Singgah menyinggah di pagar orang;
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.

Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, akan bertemu juga akhirnya.


TEMA PANTUN KASIH SAYANG
Kasih sayang antara teruna dengan dara.
 
PERSOALAN PANTUN NKASIH SAYANG
    1. Perwatakan yang menarik akan menyebabkan diri disukaioleh ramai orang.
    2. Perbezaan darjat menyebabkan impian seseorang itu terhalang.
    3. Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar menjadi mustahil kerana adanya kekurangan diri.
BENTUK PANTUN KASIH SAYANG
    1. Terdiri daripada lima rangkap.
    2. Berisi empat baris setiap rangkap.
    3. Ada pembayang dan maksudnya.
    4. Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
    5. Terdiri daripada lapan hingga sepuluh suku kata sebaris.
    6. Bentuknya terikat.
GAYA BAHASA PANTUN KASIH SAYANG
    1. PersonifikasiContohnya, Anak udang meniti batang.
    2. Paradoks. Contohnya, Langit tinggi kupandang rendah.
    3. Simile. Contohnya, Bagaikan rasa hendak dicapai.
NILAI PANTUN KASIH SAYANG
    1. Kasih sayang.
    2. Rasional.
    3. Kesetiaan.
    4. Keikhlasan.
PENGAJARAN PANTUN KASIH SAYANG
    1. Kita haruslah sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
    2. Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu perkara yang dianggap mustahil.
    3. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
    4. Kita mestilah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!