[Nota Komsas] Analisis Sajak Kucari Damai Di Sini; Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Cikgu Muzz
By -
0

MAKSUD SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI

Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dan impian.
Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya perasaan ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan untuk membina rasa kemanusiaan.
Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.
Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih-mengasihi yang tulen perlu
disemaikan dalam sanubari.
Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita ada masalah, tetapi kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman di negara ini. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan. Segala masalah perlulah diatasi dengan bijak supaya kejayaan yang tercipta menjadi
kebanggaan generasi akan datang.

TEMA SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.

PERSOALAN SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI

    1. Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
    2. Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
    3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
BENTUK SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
    1. Terdiri daripada tiga rangkap.
    2. Rangkap pertama mempunyai enam baris, rangkap kedua mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga mempunyai empat baris.
    3. Bilangan katanya tiga hingga lapan patah kata sebaris.
    4. Terdiri daripada enam hingga lapan belas suku kata sebaris.
    5. Bentuknya bebas.
GAYA BAHASA SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
    1. Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.
    2. Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.
    3. Metafora. Contohnya, laman sukma.
    4. Repetisi. Contohnya, (perulangan frasa Kucari damai di sini  dalam rangkap 1, baris 1 dan rangkap 2, baris 1).
NADA SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
Patriotik.
 
NILAI SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
    1. Kesyukuran.
    2. Hormat-menghormati.
    3. Patriotisme.
    4. Keinsafan.
PENGAJARAN SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI
    1. Kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalka kedamaian.
    2. Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
    3. Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.
    4. Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.
    5. Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk  diwariskan kepada generasi akan datang.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!