Latihan Novel Justeru Impian Dijaring: Latar Masyarakat

Cikgu Muzz
By -
0
 


Latar masyarakat merupakan kumpulan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera berbentuk prosa. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terkandung dalam novel tersebut. Kemukakan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat yang dinyatakan.
 
Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian Dijaring karya Zaid Akhtar. Terdapat beberapa latar masyarakat yang terkandung dalam novel ini.
 
Salah satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel Justeru Impian Dijaring ialah masyarakat yang tabah menghadapi dugaan. Tamsilnya watak Syahir ditampilkan dalam kategori masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dalam usahanya bergelar juara badminton dunia. Antara dugaan yang perlu ditempuhi oleh Syahir termasuklah emak Syahir sakit dan dimasukkan ke hospital sebelum Syahir berangkat ke Jakarta untuk kejohanan badminton dunia.
 
Selain itu, latar masyarakat berikutnya yang termuat dalam novel ini ialah masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Syahir gigih menjalani latihan badminton bersama jurulatihnya iaitu Haji Marzuki demi mencapai cita-citanya untuk bergelar juara dunia dalam sukan badminton.
 
Di samping itu, latar masyarakat yang ketiga yang dapat dianalisis menerusi novel ini ialah masyarakat yang sanggup berkorban. Kumpulan masyarakat yang sanggup berkorban dalam novel ini dapat dilihat menerusi watak utamanya sendiri, iaitu Syahir. Misalnya, Syahir sanggup berkorban dengan menangguhkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) semata-mata mengejar impiannya untuk bergelar juara dunia dalam sukan badminton.
 
Konklusinya, latar masyarakat yang dimuatkan menerusi novel Justeru Impian Dijaring secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada pembaca.
 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!