Latihan Novel Jalan Ke Puncak: Tema & Persoalan

Cikgu Muzz
By -
0
 


Tema dan persoalan merupakan elemen penting dalam sesebuah karya. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan tema yang terdapat dalam novel tersebut. Kemudian kemukakan dua persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel yang sama.
 
Novel yang saya kaji ialah novel Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi. Tema yang terdapat dalam novel ini ialah kegigihan dan kesungguhan seorang anak muda dalam mencapai cita-cita serta impiannya.
 
Terdapat beberapa persoalan menarik yang terdapat dalam novel ini. Salah satunya ialah persoalan pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang demi keluarga tercinta. Persoalan ini dapat disokong apabila nenek dan abang Laiman sanggup berkorban demi Laiman apabila kedua-dua mereka berkorban dari aspek kewangan demi pendidikan Laiman. Ini dapat dibuktikan apabila nenek Laiman sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi menampung kos pengajian Laiman. Sementara itu, abang Laiman pula sanggup menangguhkan perkahwinan kerana wangnya digunakan untuk menampung pengajian Laiman.
 
Persoalan berikutnya yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak ialah kesungguhan dan fokus dalam mengutamakan kerjaya sebelum mengejar cinta. Dalam pembacaan novel ini watak Laiman dipotretkan sebagai seorang anak muda yang komited dalam mencapai cita-citanya. Justeru Laiman tidak memikirkan soa cinta dan pasangan hidup sebelum berjaya mencapai kejayaan dalam impian kerjaya hidupnya.
 
Ringkasnya, kedua-dua persoalan yang dikemukakan oleh pengarah dalam novel Jalan Ke Puncak seperti yang dinyatakan di atas memberikan inspirasi kepada pembaca untuk berjuang mencapai impian masing-masing dalam kehidupan.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!