Jawapan Rumusan SPM KSSM: Demam Denggi

Cikgu Muzz
By -
0
 

CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: DEMAM DENGGI

Bahan 1

Fokus 1: Faktor pembiakan nyamuk Aedes
Persekitaran yang lembap.
Perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih berganti.
 
Fokus 2: Langkah mengekang pembiakan nyamuk Aedes
Masyarakat diminta melakukan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran.
Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes di kediaman dan premis.
Menggunakan semburan aeresol.
Memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah ketika berada di luar rumah.
Penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air.
Pemasangan jaring n yamuk di tingkap dan pintu rumah.
 
Bahan 2

Fokus 2: Langkah mengekang pembiakan nyamuk Aedes
Gunakan repellen.
Sembur aeresol racun serangga.
Pasang penghalau nyamuk.
Pakai seluar dan baju lengan panjang.
Pasang jaring penghalau nyamuk.
Tidur dalam kelambu.
Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi atau senja.
 
Fokus 3: Simptom demam denggi
Sakit kepala yang teruk.
Sakit di belakang mata.
Sakit-sakit otot dan sendi.
Mual dan muntah-muntah.
Ruam.
 
JAWAPAN LENGKAP
 
Rumusan membincangkan faktor pembiakan nyamuk Aedes dan langkah mengekang pembiakan nyamuk Aedes serta simptom demam denggi.
 
Salah satu faktor pembiakan nyamuk Aedes ialah persekitaran yang lembap dan perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih berganti.
 
Langkah mengekang pembiakan nyamuk Aedes termasuklah menggunakan semburan aeresol dan penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air. Seterusnya, memasang jaring penghalau nyamuk dan tidur dalam kelambu.
 
Antara simptom demam denggi termasuklah sakit kepala yang teruk dan sakit di belakang mata.
 
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes agar keselamatan dan kesejahteraan hidup terpelihara.
 
>>> Soalan
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!