Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang telah disediakan. Kemudian tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Umum mengetahui bahawa persekitaran yang lembap boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan zika. Selain itu, perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih berganti merupakan antara faktor kepada wabak penyakit ini semakin merebak. Bagi mengekang pembiakan nyamuk Aedes, masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan dengan membersihkan persekitaran di samping mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes di kediaman dan premis. Semasa musim hujan, tempat yang menakung air boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, aktiviti pembersihan persekitaran termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan.
(Dipetik dan diubah suai
daripada
’10 Minit Seminggu Cegah
Pembiakan Aedes – Pakar’
oleh BERNAMA, Berita
Harian)