[Nota Komsas] Analisis Sajak Kita Umpama Sehelai Daun; Antologi Kuingin Berterima Kasih

Cikgu Muzz
By -
0

 

MAKSUD SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Kita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari

Penyajak mengumpamakan manusia sebagai daun yang bertunas segar di hujung ranting dan membesar sehingga menjadi tempat untuk unggas menikmati kehidupan dengan gembira.

Andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat

Penyajak menyatakan bahawa sekiranya manusia tamak dan tidak mahu memberikan jasa dan bakti, tentunya unggas yang kecil dan tiada kudrat itu tidak mempunyai tempat berlindung daripada bahang matahari.

Kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupyaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup

Penyajak mengingatkan bahawa manusia umpama sehelai daun yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh  itu, penyajak menyeru agar manusia tidak sombong akan  keupayaan diri yang hanya bersifat sementara sehingga tiada sifat ihsan terhadap mahkluk duafa yang ingin menumpang hidup.

Jadilah sehelai daun
hijau menunas menghijau mata
kering gugur menjadi baja.

Penyajak menyeru agar manusia menjadikan diri mereka umpama sehelai daun yang bertunas hijau serta menyegarkan mata. Apabila kering, daun itu akan menjadi baja.


TEMA
SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
Amalan yang baik dalam kehidupan.
 
PERSOALAN SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
      1. Kebaikan diri yang sanggup memberikan makhluk lain menumpang untuk hidup.
      2. Kesedaran bahawa sifat tamak akan membuatkan pihak lain menghadapi kesukaran untuk hidup.
      3. Insaf akan keupayaan diri yang sementara dan tidak bersikap sombong terhadap makhluk lain.
      4. Setiap jasa yang dilakukan sewaktu hidup akan berterusan
      5. sehingga telah meninggal dunia.
BENTUK SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
      1. Sajak berbentuk bebas.
      2. Terdiri daripada empat rangkap.
      3. Rangkap pertama dan rangkap ketiga mempunyai lima baris;  rangkap kedua mempunyai empat baris; rangkap keempat mempunyai tiga baris.
      4. Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
      5. Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
      6. Rima akhir rangkap pertama: ababc; rangkap kedua: abcd;  rangkap ketiga: abcbd; rangkap keempat: abb.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
      1. Simile. Contohnya, kita umpama sehelai daun.
      2. Asonansi. Contohnya, andai kikir jasa dan bakti (perulangan  vokal i).
      3. Aliterasi. Contohnya, hijau menunas menyegar mata (perulangan konsonan m).
NILAI SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
      1. Baik hati.
      2. Keinsafan.
PENGAJARAN SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN
      1. Kita harus bersimpati terhadap insan lain.
      2. Kita harus berbuat baik terhadap insan lain.
      3. Janganlah kita angkuh dan sombong dengan kelebihan diri.
      4. Kita hendaklah menabur budi kepada insan lain.

Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!