Sejak setahun
lalu, pandemik Covid-19 telah mengubah rutin kehidupan kita. Golongan pendidik
atau guru di Malaysia turut terjejas dalam rutin mereka sebagai seorang anggota
profesional yang terlibat dalam dunia pendidikan.
Bukan sahaja
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menimbulkan pelbagai polemik dalam
kalangan guru, malah keperluan menghadiri kursus dan melengkapkan jumlah mata
kredit dalam sistem SPLKPM turut menjadi cabaran.
Kekangan
kursus, bengkel, dan pelbagai program yang dilaksanakan sebelum ini secara
bersemuka tidak dapat diteruskan. Walau bagaimanapun, pelbagai perkongsian ilmu
dijalankan menerusi media dalam talian. Salah satunya ialah webinar.
Ada sesetengah
webinar berpaut secara langsung dalam sistem SPLKPM, guru hanya perlu log masuk
dan memilih menu pembelajaran kendiri, kemudian webinar. Seterusnya, pilih
webinar yang diminati dan sertainya.
Bagi pengisian
webinar anjuran agensi luar pula, guru perlu memilih menu yang sama dan muat
naik sendiri maklumat webinar pada ruang yang dikehendaki.
Setelah
selesai mengikuti webinar, guru perlu membuat rumusan webinar dan diserahkan
kepada setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah masing-masing
untuk pengesahan dan direkodkan sebagai bukti penyertaan guru dalam webinar.
Kemudian, baharulah penglibatan guru dalam webinar akan disahkan dalam sistem
SPLKPM yang akan membolehkan guru mendapat bilangan jam untuk LDP dan mata
kredit.
Dalam perkongsian
ini, saya kongsikan borang webinar ringkas yang boleh digunakan oleh guru-guru
untun tujuan perekodan penyertaan webinar sepanjang musim Bekerja Dari Rumah
(BDR) ini.