Baca petikan bahasa
Melayu Klasik di bawah dengan
teliti. Kemudian, tulis petikan semula
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan
Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu
Syahrunnuwi namanya disebut
orang, dan raja-raja
di bawah angin ini semuanya
takluk kepadanya, dan nama
rajanya Bubunya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunya pun menyuruh
ke Melaka hendak minta surat sembah.
(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang
Dipipiskan Lada’
dalam Antologi Sejadah Rindu)
[6 markah]