LATIHAN 1 >>> SOALAN
Apabila sampai waktu siang, orang ramai telah berlalu di tempat tersebut. Mereka terjumpa Kertala Sari yang telah meninggal dunia. Pada ketika itu, seseorang telah bertindak memotong telinga Kertala Sari lalu menghadap raja dan mengakui bahawa dialah yang telah membunuh Kertala Sari. Kemudian datang pula seorang lagi menghadap raja dengan membawa kepala Kertala Sari yang telah dipenggalnya, juga mengakui bahawa dialah yang telah membunuh Kertala Sari semalam.

LATIHAN 2
>>> SOALAN
Semua pemilik
barang yang dicuri berkumpul untuk menuntut barang kepunyaan masing-masing. Salah
seorang daripada mereka mengatakan barang itu adalah miliknya. Seorang lagi
mengatakan bahawa itu hartanya manakala seorang lagi mengatakan benda itu
miliknya. Seorang yang lain pula menyatakan bahawa bantal itu miliknya. Setelah
semua brang dituntut oleh pemiliknya, sultan telah menitahkan untuk
membahagikan barangan tersebut kepada tiga bahagian.
LATIHAN 3
>>> SOALAN
Ibunya
menangis dengan hiba setelah mendengar kata-kata anaknya. Sambil menangis
ibunya menyatakan bahawa ayahnya sudah mati dibunuh oleh seorang laksamana Melayu bernama Hulubalang Ratu
Melaka. Kertala Sari sangat marah mendengar kata-kata ibunya. Dia menyoal
ibunya tentang orang menyuruh bapanya dibunuh supaya negeri Majapahit dapat
dibinasakan.
LATIHAN 4
>>> SOALAN
Kertala Sari
duduk menyembah Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada menyatakan bahawa tujuannya
memanggil Kertala Sari adalah untuk menyampaikan pesanan ayah Kertala Sari
supaya mengasihi dan menjaga anaknya itu. Patih Gajah Mada memberitahu Kertala
Sari bahawa ayahnya mati akibat perbuatan Seri Betara. Patih Gaja Mada juga
memberitahu Kertala Sari bahawa dia akan dilantik sebagai penggawa agung.
LATIHAN 5
>>> SOALAN
Kertala Sari
masuk ke dalam dan melihat ramai orang berkawal lengkap dengan senjata. Kertala
sari membaca jampi dan berjalan di tengah-tengah orang ramai itu. Kemudia Kertala
Sari pergi ke sebuah rumah orang kaya dan mencuri hartanya. Isteri orang kaya
itu juga dicabuli oleh Kertala Sari sebelum dia kembali semula ke tempatnya.
LATIHAN 6
>>> SOALAN
Dalam beberapa
hari sahaja semua harta orang kaya dan saudagar habis dicuri. Perkara ini
menyebabkan mereka datang bertemu raja. Raja kehilangan kata. Laksamana datang
menghadap raja dan berkata “Pada pandangan patik, pada malam ini datang pula
pencuri itu ke istana kita ini.” Raja bertitah kepada Laksamana “Apakah
tindakan kita supaya pencuri itu tidak dapat masuk ke dalam istana ini ini?”
LATIHAN 7 >>> SOALAN
Setelah berfikir, Patih Gajah Mada teringat akan Petala Bumi dan mengarahkan orangnya untuk mendapatkan isteri Petala Bumi. Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada anaknya yang bernama Kertala Sari sudah pulau atau belum dari Daha. Orang Patih Gajah Mada pun pergi menemui isteri Petala Bumi.
LATIHAN 8 >>> SOALAN
Laksamana membahagikan kesemua harta itu kepada tiga bahagian dan diambilnya satu bahagian. Satu bahagian yang diambil oleh Laksamana itu kemudiannya dibahagikan lagi kepada tiga bahagian; satu bahagian didermakan kepada fakir miskin, satu bahagian didermakan kepada pegawai yang tidak berjawatan dan satu bahagian lagi didermakan kepada pengikutnya. Semua harta yang diserahkan habis dibahagi dan didermakan sedangkan Laksamana tidak mengambil apa-apa harta.
LATIHAN 9 >>> SOALAN
Kertala Sari berhenti sebentar di luar bandar masyarakat jawa. Kertala Sari menyamar diri sebagai sebahagian daripada masyarakat jawa lalu bergaul dengan orang kaya dan saudagar.
LATIHAN 10 >>> SOALAN
Selepas pulang dari Daha, Kertala Sari memperoleh harta yang banyak berupa emas, perak, pakaian dan berpuluh-puluh juta pitis yang dicurinya. Setelah sampai ke rumahnya, Kertala Sari menyoal ibunya tentang ayahnya yang tidak kelihatan oleh olehnya itu.

LATIHAN 11 >>> SOALAN
Baginda berasa hairan lalu bertitah, “Wahai Temenggung, tidakkah Temenggung menyuruh pengawal berkawal tadi?” Temenggung mengangkat sembah, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh pengawal berkawal sejak semalam namun tidak ada sesiapapun berjumpa. Patik berasa hairan akan pencuri itu.” Lalu baginda bertitah, “Bagaimanakah cara pencuri itu dapat mencuri?”

LATIHAN 12 >>> SOALAN
Menurut cerita disebutkan tentang Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan hal mengenai penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada mahu mengalahkan negeri Melaka itu seorang diri, hal mengatakan ketika Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada tentang penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati.
LATIHAN 13 >>> SOALAN
Sesudah itu, Patih
pun berasa hairan. Patih Gajah Mada berfikir dalam hatinya. “Mengenai negeri
Melaka itu sukar binasa lalu puas
hatiku. Mengenai khabar penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu, jika tidak
mati, sudah tentu kalahlah Melaka.” Setelah sudah dia berfikir, Patih
Gajah Mada pun teringat akan Petala Bumi. Kemudian, Patih Gajah Mada segera menyuruh kepada isteri Petala Bumi
bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari yang pergi mencuri ke Daha itu,sama
ada sudah kembali atau belum.
LATIHAN 14 >>> SOALAN
Kemudian orang
Patih Gajah Mada pun pergilah menemui isteri Petala Bumi.Ketika itu Kertala
Sari sudah pulang dari Daha, terlalu banyak memperoleh harta berupa emas,
perak, pakaian dan mata wang berpuluh-puluh juta dan ramai orang yang
dicurinya. Setelah Kertala Sari datang ke rumahnya, dia pun bertanya kepada
ibunya, “Hai ibuku, ke manakah pergi bapaku lalu tidak aku lihat ini?”
LATIHAN 15 >>> SOALAN
Kemudian, oleh ibunya diceritakan segala hal-ehwal dari awal hingga akhir kepada anaknya. Setelah mendengar cerita ibunya itu, Kertala Sari terlalu marah. “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kata-kata seterusnya. Lalu negeri Melaka pun habis aku musnahkan. Sekiranya aku tidak bertindak demikian, bukannya aku anak perajurit yang
berani dan licik.”
LATIHAN 16 >>> SOALAN
Baginda memikirkan cara untuk menyatukan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Baginda mengarahkan Seri Nara Diraja untuk dating menghadap dan Seri Nara Diraja pun datang menghadap baginda. Sultan Muzaffar bertanya dan bertitah, “Ada Seri Nara Diraja ingin beristeri?”
Menurut cerita disebutkan tentang Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan hal mengenai penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada mahu mengalahkan negeri Melaka itu seorang diri, hal mengatakan ketika Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada tentang penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati.
Kemudian, oleh ibunya diceritakan segala hal-ehwal dari awal hingga akhir kepada anaknya. Setelah mendengar cerita ibunya itu, Kertala Sari terlalu marah. “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kata-kata seterusnya. Lalu negeri Melaka pun habis aku musnahkan. Sekiranya aku tidak bertindak demikian, bukannya aku anak perajurit yang
berani dan licik.”
Baginda memikirkan cara untuk menyatukan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Baginda mengarahkan Seri Nara Diraja untuk dating menghadap dan Seri Nara Diraja pun datang menghadap baginda. Sultan Muzaffar bertanya dan bertitah, “Ada Seri Nara Diraja ingin beristeri?”
LATIHAN 17 >>> SOALAN
Lalu, setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar tersebut, baginda menyuruh menghimpunkan semua rakyat jajahan berhimpun di Melaka. Tun Perak telah membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isteri sekali. Orang Kelang menghadap Sultan, “Ya tuanku, semua rakyat jajahan yang datang menghadap lelaki sahaja, tetapi patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.”
Lalu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah ke benua Siam. Hal ini menyebabkan Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap untuk menyerang Melaka. Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat tidak terkira banyaknya. Dipersembahkan kepada Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam telah menitahkan hulubalangnya, Awi Cakri membawa rakyat terlalu ramai berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Menurut orang yang empunya cerita, tersebut kisah Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu, Syahrunnuwi disebut orang dan raja-raja di sebelah Timur ini semua di bawah pemerintahannya dan nama rajanya Bubunya. Dikhabarkan ke benua Siam bahawa Melaka sebuah negeri yang besar yang tidak takluk kepadanya. Lalu, Paduka Bubunya menyuruh ke Melaka untuk meminta surat sembah.
Mengenai Seri Ameri itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya. Disebabkan dia cerdik dan tahu berkomunikasi, dijadikan baginda sebagai pesuruh raja dengan gelaran Seri Amerta. Lalu dibuatkan oleh baginda sebuah bangku yang tebal dan diletakkan di bawah lutut baginda. Di situlah dia memikul pedang dan dialah yang menyampaikan titah raja tentang sesuatu perkara.
LATIHAN 21 >>> SOALAN
Lalu Tun Perak diam tidak menyahut kata-kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata, barulah disahut oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara , dianugerahi sebilah pedang. Akan hamba jaga sebaik-baiknya dan tidak akan dibiarkan berkarat hingga tumpul.”
LATIHAN 22 >>> SOALAN
“Tentang pekerjaan orang yang bekerja ini, bagaimana tuan hamba tahu? Perihal sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan, anak isteri dan segala peralatan. Benarkah pada fikiran tuan hamba, kami datang dengan lelaki juga, sebegitu jauh dari Selat Kelang? Jikalau sesuatu terjadi di negeri ini, apakah nasib kami semua?”
LATIHAN 23 >>> SOALAN
Lalu tidak disahut oleh Tun Perak kata-kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, juga tidak disambut oleh Tun Perak. Cukup tiga kali Seri Amerta berkata, barulah dibalas oleh Tun Perak. Katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah dijaga dengan baik. Jangan sampai berkarat. Jangan tumpul matanya.”
LATIHAN 24 >>> SOALAN
Selanjutnya, pada suatu hari, Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah bersama-sama orang ramai. Lalu, kata pesuruh raja yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, semua orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya kepada Duli Yang Dipertuan. Perihal orang jajahan semuanya menghadap lelaki juga, namun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah demikian perangai tuan?”
LATIHAN 25 >>> SOALAN
Setelah Patih Gajah Mada mendengar sedemikian itu, beliau terlalu gembira lalu dijamunya makan minum dan bersuka ria serta diberikannya pakaian.Setelah selesai, Kertala Sari dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Lalu sembah Patih Gajah Mada, “Perihal penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhtujuhnya.”
LATIHAN 26 >>> SOALAN
Sesudah itu sembah Kertala Sari, "Daulat tuanku paduka Betara, peduli apalagi tugas membunuh Ratu Melaka dan laksamana itu, sedangkan negeri Daha patik kalahkan?" Setelah Seri Betara mendengar kata-kata Kertala Sari itu, lalu Seri Betara bertitah "Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Lakukan seperti katamu itu, supaya engkau aku jadikan sebagai pegawai besar istana."
LATIHAN 27 >>> SOALAN
Kemudian Kertala Sari pun seperti kebiasaannya berjalan keluar masuk bermain-main di segenap kampung orang kaya dan pedagang. Setelah diketahuinya, lalu Kertala Sari pun masuk dengan menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Ketika itu, Kertala Sari masuk seorang diri mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap dengan Jawa yang ramai itu. Kemudian Kertala Sari, semua hulubalang yang sama-sama menghadap itu dilihatnya seorang demi seorang.

LATIHAN 28 >>> SOALAN
Setelah selesai, lalu Kertala Sari dibawa masuk
menghadap Seri Betara. Sembah Patih
Gajah Mada, “Ketujuh-tujuh orang askar upahan yang dititahkan oleh paduka
Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana
semuanya. Pada mulanya, negeri Melaka itu hampir dikalahkan oleh mereka. Sekarang
patik mendapat seorang pahlawan yang sangat hebat; inilah penjuritnya. Namanya Kertala
Sari, iaitu anak Petala Bumi yang diserahkan kepada patik oleh bapanya.”
LATIHAN 29 >>> SOALAN
Laksamana berjalan. Pada malam itu suasana kelam-kabut dan hujan renyai-renyai lalu Laksamana tidur di tengah-tengah pasar tersebut. Laksamana mendengar tapak kaki Kertala Sari yang kuat bunyinya. Kertala Sari sedang berjalan menuju ke pasar lalu kakinya tertendang badan Laksamana.

jawapan soalan 7 dimana ya
ReplyDeleteSudah dikemas kini.
Deletetak ada sambungannya ke cikgu?
ReplyDeleteInsyaAllah. Ada masa nanti cikgu update jawaban utk soalan yang lain.
DeleteKenpa tak ada jawapan kata jawapan latihan😪
ReplyDeleteSemua dekat atas tu jawaban, utk soalan bahasa melayu standard/alih bahasa
DeleteTerima kasih cikgu sangat membantu intuk anak saya
Deleteterima kasih cikgu semoga dimurahkan rezeki selalu
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak cikguu. Cikgu dah selamatkan banyak murid yang struggle dalam bahasa melayu klasik ni
ReplyDeleteAda petikan keluar sama mcm soalan spm thn ni
ReplyDeleteSoalan SPM untuk Bahasa Melayu Standard dipetik daripada teks prosa klasik di Tingkatan 4 dan 5, iaitu Kepimpinan Melalui Teladan dan Burung Terbang Dipipiskan Lada. Justeru, tidak mustahil soalan yang keluar adalah daripada latihan yang pernah dibuat oleh murid. Rajinkan diri praktis, akan memudahkan anda menjawab soalan ini. Salah satu kaedahnya belajar mellaui contoh jawaban.
DeleteAssalamualaikum. Maaf,saya bukan murid. Saya seorang ibu. Nak minta tolong terjemahkan ayat HADIR BERSAMA PASANGAN kepada bahasa Melayu Klasik. Terima kasih
ReplyDelete