Latihan Alih Bahasa 18: Teks Burung Terbang Dipipiskan Lada

Cikgu Muzz
By -
0
 

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis petikan semula tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
 
Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
 
(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam Antologi Sejadah Rindu)
 
[6 markah]

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!