Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 13: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Dalam petikan di bawah, terdapat lima kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Sejajar dengan perkembangan dunia sains dan teknologi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengurak langkah untuk memantap aspek siasatan dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Aplikasi kaedah sainstifik dalam penyiasatan atau lebih dikenali sebagai forensik membantu PDRM menjalankan penyiasatan kes-kes jenayah. Menurut PDRM, forensik ialah aplikasi sains kepada perundangan. Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk menganalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah (Makmal Forensik). Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. Bukti-bukti fizikal yang berada di tempat kejadian akan dinilai oleh pasukan CSI.

(Dipetik dan diubah suai daripada Kanta Forensik Buku Teks Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

 [5 markah]

>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments