Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 14: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Petikan di bawah mengandungi sepuluh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sepuluh kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
 
Kerabu Rumpai Laut

Bahan-bahannya :
      1. 80 geram rumpai laut kering
      2. 2 biji mangga muda (boleh juga 2 ulas bawang merah / gunakan epal hijau)
      3. 2 biji limau kasturi (untuk hiasan)     
      4. 1 kuntum bunga kantan
      5. ½ cawan perahan limau kasturi        
      6. 1 batang cili merah dan hijau 3 sudu makanan gula pasir    
      7. 7 biji cili padi
      8. ½ sudu teh garam      
      9. ½ cawan udang kering(untuk sambal)
      10. 1 biji timun (kupas kulit dan buang empulurnya)      
      11. 7 biji cili padi (untuk sambal)
Cara menyediakannya:
      1. Siram rumpai laut semalam. Kemudian, cuci bersih-bersih dan toskan airnya.  
      2. Potong rumpai laut mengikut size yang digemari.
      3. Potong nipis-nipis bawang merah, timun, mangga muda, bunga kantan, cili merah, cili hijau dan cili padi.
      4. Tumbuk bahan sambal sehingga hancur.
      5. Masukkan semua bahan yang telah dipotong nipis, rumpai laut dan sambal ke dalam mangkuk. Gaul semuanya sehingga mesra.
      6. Tambahkan sedikit garam, gula dan perahan limau kasturi hingga semuanya cukup rasa.
      7. Biarkan selama 15 minit, setelah itu hias dengan limau kasturi dan sedia untuk dihidangkan.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Juadah Penambat Selera
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka)

[10 markah]
 
>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments