Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini tentang tarikh pembukaan sekolah secara
bersemuka yang dirancang bermula 1 September 2021 mula menimbulkan kegusaran
dalam kalangan pelbagai pihak. Hal ini ekoran jumlah kes harian positif
Covid-19 yang menjangkan 20 ribu kes dengan hampir semua daerah di seluruh
negara berada dalam zon merah beberapa hari lalu.
Sebentar tadi menerusi laman Facebook, Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa perancangan pembukaan sekolah yang dijangka pada 1 September 20201 akan dilewatkan sedikit kepada 3 Oktober 2021.
Dalam perkongsian menerusi video itu, Menteri Kanan Pendidikan tersebut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberikan cadangan dan pandangan tentang pembukaan sekolah. Beliau menambah, pembukaan sekolah melibatkan 5 juta orang muird dan hampir 500 ribu guru di 10 ribu buah sekolah seluruh negara memerlukan penelitian dan perancangan yang sangat rapi.
Merujuk Fasa Pemulihan Negara, sekolah hanya boleh dibuka di negeri yang sudah beralih kepada Fasa 2 iaitu pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan, iaitu Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sahaja, manakala negeri yang sudah mencapai Fasa 3 boleh menjalankan sesi pembelajarn bersemuka secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pelbagai aspek lain terutamanya keselamatan murid akan didahulukan sebelum mengambil apa-apa keputusan.
Menyatakan statistik guru yang menerima suntikan vaksin dengan sekurang-kurangnya satu dos melepasi 90% daripada populasi guru, Dr. Radzi Jidin mengurangkan kegusaran pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dengan mengumumkan tarikh buka sekolah yang akan dilewatkan kepada 3 Oktober 2021. Walau bagaimanapun, situasi semasa pada ketika itu akan diambil kira dengan negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 sama sekali tidak boleh menjalankan pembelajaran secara bersemuka.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi media sosial mengkritik KPM yang berhasrat untuk membuka sekola pada 1 September 2021. Beberapa hari lalu, Berita Harian melaporkan NUTP merayu agar KPM tangguh hasrat membuka sekolah pada 1 September 2021 mengambil kira faktor keselamatan dan angka kes positif Covid-19 di negara ini yang masih tinggi dan membimbangkan pelbagai pihak.