Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Karangan Respons Terhad: Jenayah Siber (SPM KSSM)

 

Maklumat di bawah menunjukkan kes penipuan siber  yang  sering berlaku dalam masyarakat  kita hari ini. Huraikan pendapat anda tentang jenayah siber. Panjang huraian anda hendaklah antara  150  hingga  200  patah perkataan



CONTOH PENDAHULUAN RINGKAS

            Sejak akhir-akhir ini jenayah siber yang berlaku di Malaysia agak membimbangkan. Pada tahun 2019, sebanyak 2207 aduan dilaporkan berhubung jenayah siber yang berlaku di negara ini. Angka kerugian pula mencatatkan RM67.6 juta yang memberikan pelbagai implikasi negatif kepada mangsa sama ada dari aspek fizikal dan mental sehinggakan ada mangsa penipuan jenayah siber mengambil langkah drastik untuk membunuh diri. Justeru, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani jenayah siber di Malaysia sekali gus mengelakkan masyarakat daripada menjadi mangsa kepada jenayah ini?

CADANGAN ISI
Langkah menangani jenayah siber

Isi 1-Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan - menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa.
 
Isi 2-Mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber - pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita.
 
Isi 3-Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber -  memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini.

Post a Comment

0 Comments