Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bermula pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Dasar Sifar Penolakan secara Menyeluruh bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK). Hal ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) yang dinafikan hak mereka untuk memasuki alam persekolahan. Sebagai kesinambungan usaha itu, Dasar Inklusif OKU juga dilaksanakan dan diberikan keutamaan. Menerusi dasar ini, institusi pendidikan tinggi perlu memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan yang berterusan dapat diberikan kepada pelajar OKU yang berjaya mendapat tempat di universiti awam dan swasta.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
“Dasar Inklusif OKU”, oleh
Azimah Ismail, Dewan Masyarakat,
Januari 2020)