Baca petikan dan dialog yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Menurut laman web worldatlas.com, terdapat 10 buah negara yang paling banyak membaca di dunia pada tahun 2019. Negara tersebut ialah India selama 10 jam 42 minit seminggu, diikuti Thailand (sembilan jam), China (lapan jam), Filipina (tujuh jam 36 minit), Mesir (tujuh jam 30 minit), Republik Czech (tujuh jam 24 minit), Sweden (tujuh jam enam minit), Perancis (enam jam 54 minit), Hungary (enam jam 48 minit) dan Arab Saudi (enam jam 48 minit).
Hakimi |
Apakah bahan
bacaan yang tidak berkualiti? |
Cikgu |
Bahan bacaan
yang tidak berkualiti ialah novel berunsur
pornografi, majalah hiburan
dan buku-buku yang ditulis
tidak mengikut hukum tatabahasa. Bahan tersebut banyak
di pasaran dan mudah dilayari di Internet. |
Hakimi |
Apakah keburukannya
jika kita membaca bahan yang tidak berkualiti? |
Cikgu |
Membaca bahan
yang tidak berkualiti hanya membuang masa
kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah. Selain itu, kualiti bahasa kita juga akan merosot
kerana membaca bahan yang salah hukum
tatabahasanya. Kita juga akan terpengaruh dengan perkara yang negatif. Malah, penguasaan ilmu kita
tidak akan bertambah. |
Hakimi |
Jelaslah saya
cikgu. Nampaknya kita perlu mengutamakan bahan bacaan yang berkualiti. |