CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM
KSSM: AMALAN MEMBACA Pendahuluan Kepentingan membaca bahan berkualiti dan keburukan
membaca bahan tidak berkualiti. Kepentingan Membaca Bahan Berkualiti
Membaca bahan yang berkualiti dapat menjaga otak untuk
terus kekal aktif.
Mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Boleh menambahkan pengetahuan.
Menambahkan perbendaharaan kata.
Menguatkan daya ingatan.
Meningkatkan kemahiran berfikir analitik yang lebih
kukuh.
Keburukan membaca Bahan Tidak Berkualiti
Keburukan membaca bahan yang tidak berkualiti hanya
membuang masa kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah.
Kualiti bahasa akan merosot kerana membaca bahan yang
salah hukum tatabahasanya.
Terpengaruh dengan perkara yang negatif.
Penguasaan ilmu kita tidak akan bertambah.
Kesimpulan Masyarakat perlu membaca bahan yang berkualiti agar/
supaya hasrat Malaysia menjadi negara maju akan terlaksana. JAWAPAN LENGKAP Rumusan membincangkan kepentingan membaca bahan
berkualiti dan keburukan membaca bahan tidak berkualiti. Antara kepentingan membaca bahan berkualiti ialah dapat
menjaga otak untuk terus kekal aktif dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Seterusnya,
boleh menambahkan pengetahuan dan menambahkan perbendaharaan kata. Di samping
itu, dapat menguatkan daya ingatan. Keburukan membaca bahan yang tidak berkualiti ialah membuang
masa kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah. Selain itu, terpengaruh dengan
perkara yang negatif dan penguasaan ilmu kita tidak akan bertambah. Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu membaca bahan
yang berkualiti agar hasrat Malaysia menjadi negara maju akan terlaksana.