CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: PENYAKIT BERJANGKIT
Pendahuluan
Rumusan membincangkan langkah-langkah membendung penyakit
berjangkit, punca penularan penyakit berjangkit dan impak COVID-19.
Langkah-Langkah Membendung Penyakit
- Langkah-langkah untuk membendung penyakit berjangkit dengan cara memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak.
- Perlu kerap membasuh tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan beralkohol.
- Mematuhi penjarakan fizikal antara satu sama lain.
- Memastikan penjagaan kesihatan yang teratur.
- Bersihkan dan basmi kuman pada permukaan tubuh.
Punca Penularan
Penyakit Berjangkit
- Penyakit berjangkit merebak kerana masyarakat kurang kesedaran terhadap penyakit ini.
- Masyarakat juga tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Impak Covid-19
- Penyakit berjangkit seperti COVID-19 menyebabkan ramai yang mati.
- Masyarakat tidak keluar negara disebabkan dunia menutup sempadan negara masingmasing.
- Ekonomi dunia menjadi runtuh.
Penutup: kita
perlu menjaga diri dan keluarga sepanjang masa agar/supaya penularan penyakit
berjangkit dapat dibendung.
JAWAPAN LENGKAP
Rumusan membincangkan langkah-langkah membendung penyakit
berjangkit, punca penularan penyakit berjangkit dan impak COVID-19.
Langkah-langkah
untuk membendung penyakit berjangkit ialah dengan cara memakai pelitup muka
apabila berada di tempat yang sesak. Seterusnya, perlu kerap membasuh tangan
dengan sabun atau pensanitasi tangan beralkohol. Selain itu, mematuhi penjarakan fizikal antara satu sama
lain dan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur.
Punca penularan
penyakit berjangkit termasuklah disebabkan masyarakat kurang kesedaran terhadap
penyakit ini dan masyarakat juga tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Impak penyakit
berjangkit seperti COVID-19 menyebabkan ramai yang mati dan ekonomi dunia menjadi
runtuh.
Kesimpulannya, kita
perlu menjaga diri sepanjang masa agar penularan penyakit berjangkit dapat
dibendung.