Latihan Rumusan SPM KSSM: Penyakit Berjangkit

Cikgu Muzz
By -
0

Baca semua bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

BAHAN 1: PETIKAN KEFAHAMAN
Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah membawa banyak perubahan positif kepada kehidupan manusia termasuklah aspek penjagaan kesihatan. Lantaran itu, kemajuan bidang sains telah dimanfaatkan dalam usaha untuk membendung penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit disebarkan oleh agen jangkitan seperti bakteria, parasit dan virus. Pada masa ini, manusia digemparkan dengan wabak COVID-19 yang kini telah menjadi pandemik di seluruh dunia dan mengorban jutaan nyawa.
 
Bagi mengelakkan penularan virus ini, kita mestilah memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak dengan orang ramai. Dengan pemakaian pelitup muka secara tidak langsung kita dapat menghalang tangan daripada menyentuh kawasan pada anggota badan yang boleh menyebabkan kemasukan virus ke dalam badan kita. Selain itu, kita perlu kerap membasuh tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan beralkohol. Pensanitasi tangan beralkohol ini dapat membunuh virus yang berada pada tangan kita sekali gus dapat menghalang virus memasuki badan. Di samping itu, kita haruslah mematuhi penjarakan fizikal antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri sekitar satu meter semasa berada di luar rumah. Oleh itu, kita mesti memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan berkaitan dengan arahan penjarakan fizikal.
 
Seterusnya, kerajaan perlu memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri merupakan asas yang akan mengelakkan tubuh dijangkiti penyakit. Bersihkan dan basmi kuman pada permukaan tubuh dengan kerap, terutama sekali permukaan yang bersentuhan dengan makanan dan tempat yang kerap dipegang seperti pili, pemegang pintu dan telefon.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
“Memperkasakan Bioteknologi bagi Menangani
Ancaman Virus dan Penyakit”,
oleh Laupa Junus, Dewan Masyarakat, Mei 2020)
 
 
BAHAN 2: PETIKAN  BERITA
Walaupun        fenomena        penyakit          berjangkit sering dipaparkan di pelbagai media massa namun kurangnya kesedaran daripada anggota masyarakat     telah        menyebabkan     berlakunya penularan fenomena ini. Anggota masyarakat pada masa ini terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa termasuklah penyakit berjangkit. Kebanyakan masyarakat juga tidak mengamalkan pemakanan seimbang hingga menyebabkan mereka mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana pemakanan seimbang dan berkhasiat dapat menguatkan sistem keimunan dalam dalam tubuh
badan kita.
 
(Sumber: Internet)
 
BAHAN 3: SAJAK
 
Keranamu COVID-19
 
Penghujung 2019 kaudatang tanpa diundang,
ramai mangsamu dijemput kematian ,S8
setiap hari kian bertambah.
 
Keranamu, dunia menutup sempadan ,S9
tiada lagi ria mengisi percutian,
segala-galanya menjadi tertutup.
 
ekonomi dunia menjadi runtuh, S1,0
yang miskin menjadi papa,
vaksin tiba menjadi harapan.
 
Wahai, COVID-19, nyahlah dari bumi ini!
tiada yang menyambut kedatanganmu!
(Sumber: Internet)

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!