Baca semua bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Kementerian Pendidikan Malaysia disarankan agar menjadikan pengucapan awam sebagai subjek khusus dalam sistem pendidikan negara kerana masih ramai yang tidak mahir untuk berkomunikasi apabila berada di khalayak ramai. Terdapat banyak kesan positif jika subjek ini dijadikan huraian sukatan pelajaran di negara kita. Antara kesan positif tersebut termasuklah dapat melahirkan individu yang dapat menjadi pemimpin pada masa hadapan. Pemimpin harus mempunyai karisma dan pengaruh yang luar biasa untuk mempengaruhi pengikutnya. Seseorang itu boleh muncul menjadi suatu nama yang besar dalam dunia politik tanah air hanya kerana kuasa pengucapan awamnya yang berjaya menarik minat rakyat untuk menjadi pengikut setianya.
apabila berkomunikasi dengan khalayak.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
“Hala Tuju TVNET di Malaysia”, oleh Khairul Ariffin,
Dewan Masyarakat, Mac 2020)
Sudut Pidato didirikan di kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Sudut Pidato yang asal dan terkenal terletaknya di sudut timur laut Taman Hyde di London, England. Mereka yang mahu berpidato diberikan kebebasan berucap tentang semua isu tetapi dengan kawalan dan pemerhatian oleh pihak polis. Meskipun dalam kawalan pihak polis, semua pemidato bebas memilih tajuk pidato mereka. Namun begitu, ucapannya perlulah tidak bercanggah dengan undang-undang.