CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: PENGUCAPAN AWAM
Pendahuluan
Rumusan membincangkan faedah subjek Pengucapan Awam dalam kalangan remaja dan usaha-usaha menggalakkan masyarakat berminat dalam pengucapan awam.
- Subjek Pengucapan Awam dapat melahirkan individu yang dapat menjadi pemimpin pada masa hadapan.
- Seterusnya, memudahkan remaja untuk mencari pekerjaan suatu hari nanti.
- Selanjutnya, mencungkil bakat dan potensi remaja untuk menjadi remaja yang cemerlang.
- Selain itu, dapat memastikan sama ada seseorang remaja benar-benar cemerlang atau tidak dalam subjek bahasa.
- Seterusnya, memberikan skil penyampaian komunikasi yang berkesan melalui teknik-teknik tertentu.
- Malah, menjadikan graduan-graduan yang menceburi pengucapan awam lebih ke hadapan.
- Selanjutnya, kemahiran yang dikuasai akan memberikan keyakinan apabila berkomunikasi dengan khalayak.
- Usaha untuk menggalakkan masyarakat dalam pengucapan
awam, Sudut Pidato didirikan di kawasan khas yang bersesuaian
untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam.
- Seterusnya, mereka yang mahu berpidato diberikan
kebebasan berucap tentang semua isu tetapi dengan kawalan dan
pemerhatian oleh pihak polis.
- Malah, setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid.
Kesimpulannya, remaja perlu menguasai pengucapan awam pada era persaingan yang sengit, agar/ supaya dapat berkomunikasi dengan masyarakat dunia.
Rumusan membincangkan faedah subjek Pengucapan Awam dalam kalangan remaja dan usaha-usaha menggalakkan masyarakat berminat dalam pengucapan awam.