Jawapan Rumusan SPM KSSM: Cita-Cita

Cikgu Muzz
By -
0
 

CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: CITA-CITA
Pendahuluan
Kepentingan cita-cita dan faktor yang menghalang cita-cita.
 
Kepentingan Cita-Cita
  1. Cita-cita menyebabkan diri bersemangat mengharungi kehidupan.
  2. Lebih bersedia terhadap perkara yang akan dilakukan pada masa hadapan.
  3. Mempunyai jalan hidup yang jelas.
  4. Mental dan niat semakin terarah.
  5. Berusaha meningkatkan kemampuan diri.
  6. Menjadikan kegagalan sebagai titik mula.
  7. Berterusan berusaha sehingga impian akan menjadi kenyataan.
Faktor Yang Menghalang Cita-Cita
  1. Kegagalan memburu cita-cita bagi mereka yang berfikiran negatif.
  2. Orang yang selalu merungut tidak mencapai kejayaan.
  3. Cita-cita tidak akan dicapai sekiranya kurang berkeyakinan terhadap usaha yang dilakukan.
Kesimpulan
Kita perlu mempunyai cita-cita berdasarkan kemampuan diri agar/ supaya cita-cita yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
 
JAWAPAN LENGKAP
Rumusan membincangkan kepentingan cita-cita dan faktor yang menghalang cita-cita.
 
Kepentingan cita-cita termasuklah cita-cita menyebabkan diri bersemangat mengharungi kehidupan. Seterusnya, lebih bersedia terhadap perkara yang akan dilakukan pada masa hadapan dan mempunyai jalan hidup yang jelas. Di samping itu, mental dan niat semakin terarah. Tambahan lagi, seseorang akan berusaha meningkatkan kemampuan diri sekali gus menjadikan kegagalan sebagai titik mula.
 
Faktor penghalang cita-cita termasuklah kegagalan memburu cita-cita bagi mereka yang berfikiran negatif dan orang yang selalu merungut tidak mencapai kejayaan.
 
>>> Soalan
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!